Masalah Uban Diusia Yang Muda? Mari Cuba Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila usia masih lagi muda ini, pastilah semuanya mahu dijaga agar kelihatan lebih bertenaga dan sihat. Bermula dari tubuh badan, kulit wajah dan juga rambut. Eh rambut? Jangan ingat rambut tidak mempunyai masalah ya. Anda mungkin berdepan dengan rambut rosak atau beruban.

Rambut beruban juga akan memberi pengaruh kepada penampilan anda juga. Ia mudah dilihat jika anda anda seorang lelaki kerana tidak bertuudung, namun wanita bertudung juga perlu menjaga rambutnya. Takut nanti suami tengok terkejut pula.

Kalau rambut anda beruban ia adalah satu tanda penuaan yang biasanya muncul pada usia 30 tahun ke atas. Tapi jika umur anda masih belum mencecah ke arah itu dan masih jauh lagi, mungkin tips ini boleh membantu anda.



1. Meningkatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam makanan anda.

Cuba lihat cara pemakanan anda sejak kebelakang ini. adakah anda kuang mengambil vitamin atau mineral dalam makanan anda? Menurut Livestrong, vitamin dan mineral memainkan peranan penting dalam masalah rambut, termasuk vitamin B12, vitamin D, tembaga, besi, dan asid folik. Apabila anda kekurangan pengambilan vitamin dan mineral, warna rambut akan pudar dan beransur-ansur bertukar menjadi putih.

Kekurangan vitamin B12 , juga dikenali sebagai anemia yang merosakkan, sering dikaitkan dengan penuaan pramatang. Kurangnya pengambilan vitamin B12 juga akan membuatkan sel-sel rambut menjadi lemah dan mempercepatkan rambut memutih dengan lebih awal. Kesan yang sama juga akan berlaku jika anda kekurangan asid dan asid folik.

Untuk mengatasi rambut beruban pada usia muda, perbanyakkan makanan yang kaya vitamin B12 seperti telur, hati, ikan, kerang, dan bijirin. Anda juga boleh makan daging lembu, bayam dan kacang merah.

2. Pilih produk rambut yang tepat.



Terlalu terdedah dengan cahaya matahari menyebabkan warna rambut yang hitam berubah menjadi warna sedikir cokat kekuningan. Tetapi perubahan warna tidak akan terhenti di situ. Semakin kerap terkena cahaya maka ia akan berubah menjadi warna putih.

Nah, untuk mengatasi rambut beruban pada usia muda, anda boleh bergantung kepada beberapa produk rambut seperti gel, pelembap, dan pewarna rambut . Ada beberapa jenis minyak dan pelembab rambut dapat membantu melawan rambut kusam sehingga mereka menghilangkan rambut beruban. Bagaimanapun, berhati-hati apabila memilihnya. Cuba untuk bertanya kepada mereka yang lebih pakar sebelum anda membeli sesuatu produk itu.

3. Kurangkan tekanan.



Ramai yang tidak tahu, warna rambut yang berubah menjadi putih juga berkait rapat dengan tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine 2013, tekanan dapat mengatasi sel stem dari asas folikel rambut. Malah, stres yang berpanjangan dapat mempercepat penuaan pramatang, termasuk rambut dengan 3 kali lebih cepat.

Kini, untuk mengatasi rambut putih semakin banyak pada usia muda, cuba untuk mengawal tekanan anda sebaik mungkin. Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tekanan, seperti mendengar muzik, menghirup udara segar, mandi  air hangat, atau melakukan aktiviti kegemaran anda yang lain.

Sekiranya anda dapat mengawal tekanan dengan baik, maka fikiran anda akan lebih tenang dan menhalang penumbuhan rambut putih.

4. Berhenti merokok.



Ramai yang tahu bahawa rokok ini membahayakan kesihatan buat penghisapnya atau mereka yang menyedut asapnya. Jadi suadh tentulah kesan merokok ini akan terkena pada kesihatan rambut anda. Walaupun ia tidak dapat memulihkan rambut hitam sekali lagi, berhenti merokok sekurang-kurangnya boleh membantu menghalang rambut yang lebih putih muncul di rambut. Jadi, jangan berlengah-lengah berhenti merokok sekiranya anda ingin kelihatan muda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen