Antara Cara Penjagaan Rahim Bagi Golongan Wanita Oleh Dr. Hamid Arshat.

Pada masa kini, ramai golongan anak remaja perempuan tidak menitik beratkan tentang kesihatan diri terutamanya dalam bahagian tubuh badan. Mereka hanya pentingkan paras rupa sehingga terlepas pandang bahawa rahim adalah organ yang penting proses kehamilan.

Oleh itu, jom ikuti cara-cara penting dalam menjaga Rahim seperti perkongsian dari Dr Hamid Arshat

********

Cara-cara menjaga rahim.

1. Tahu latar belakang keturunan sekiranya ada penyakit rahim.

Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, munkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Kahwin awal untuk mencegah fibroids dan adenomyosis.

Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Jaga pemakanan untuk mengawal hormon estrogen dan progesterone.

Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

4. Jaga kesihatan seperti kesihatan mental dan emosi.

Kerana ia bakal mempengaruh hormone estrogen menjadi tinggi, dan progesterone menjadi rendah.

Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.

Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Penjagaan dan kesedaran pada anak perempuan sejak dari kecil lagi.

Kerana ramai anak-anak perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.

Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kawal diet pemakanan anak-anak sejak mereka dari kecil.

Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja kerana mereka terlalu suka dan kerap makan junk food dan juga fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah mahupun di kolej dan asrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

********

Semoga Bermanfaat Pada Semua Golongan Wanita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen