Setiap Anak Itu Unik, Kerana Kasih Sayang Itu Berbeza Intepretasinya Antara Manusia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam sebuah keluarga atau adik beradik, tidak semuanya sempurna bahkan tidak juga semuanya mempunyai kekurangan. Tetapi masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tidak kiralah berharta atau tidak, berpelajaran tinggi atau sebaliknya tapi jika tahu berbakti kepada orang tua, pasti mereka ini akan dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Setiap perkara baik yang dilakukan terhadap ibu bapa pasti akan mendapat balas yang setimpal di dunia mahupun di akhirat. Bahkan setiap orang itu pasti mempunyai kelebihan di mata orang tua kita. Dalam membalas jasa orang tua juga, anak-anak mempunyai cara mereka yang tersendiri. Sedikit perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop ini pasti ramai yang akan bersetuju dengannya.



Berada dalam keluarga besar di belah mak dan ayah, saya lihat banyak jenis anak-anak dengan sifat yang berbeza tapi masih istimewa.

Ada anak ni, dia jenis tak banyak wang. Tapi, bab jadi logistik mak ayah, dia dulu ambil peluang. Mana saja mak ayah nak pergi, order je tak payah bimbang. Dari pasar sampai klinik, tak kisah pagi atau petang.

Ada juga anak ni, dia jenis jarang sekali ada di rumah. Tapi, bab duit dia paling pemurah. Berapa je keperluan mak ayah, tak pernah berkira, tak pernah berkisah. Dia hidup senang, mak ayah hidup mewah.

Ada juga anak ni, jenis tak banyak suara. Apa saja mak ayah kata, itulah juga kata dia. Apa yang mak suka, dia suka dengan rela. Apa yang mak tak suka, dia turut tak suka juga. Jangan kata nak lawan, nak jawab pun dia rasa berdosa.

Ada anak pula, bab dunia kurang semuanya. Yang dia cuba usaha, jaga tang agama. Aurat dia pelihara, solat tepat masa. Tak banyak bagi duit, tak selalu ada masa. Tapi, setiap kali sedekah apa-apa, mesti atas nama mak ayah dia. Setiap kali doa apa-apa, mak ayah dulu dicarta yang pertama.

Ada pula sejenis, pangkat takda, duit tak seberapa. Apatah lagi harta yang tak sebanyak mana. Tapi, bila mak ayah sakit, dia tinggalkan semua. Dia guna tenaga dan masa untuk menjaga sehabis upaya. Tak kisah hal apa, tak kisah penat kot mana. Janji mak ayah terpelihara dan sihat seperti semula.

Ada pula sejenis,yang ringan tulang. Selagi ada benda rosak dirumah, dia lah yang jadi tukang. Dia lah yang mak ayah tunggu untuk betulkan paip, angkat singki dan tebas lalang. Sebab bila mak ayah suruh, dia tak tunggu masa senggang. Terus dia buat, tak minta tangguh, takkan bangkang. Mak sebut sekali je, tak payah ulang-ulang.

Begitulah.Semuanya istimewa.

Dengan cara yang berbeza.

Kerana kasih sayang tu berbeza intepretasinya antara manusia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen