"Hanya Ingin Orang Kaya Sahaja Hadir Di Majlis Perkahwinan", Ini Penjelasan Yang Perlu Anda Faham.

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis perkahwinan diadakan untuk menyebarkan dua orang yang baru mengikat hubungan ke arah yang halal. Di mana majlis ini adalah salah satu cara untuk menghebahkan kepada orang ramai bahawa diantara lelaki perempuan tersebut telah sah menjadi suami isteri. Bahkan perkara ini juga dilakukan demi mengelakkan fitnah yang tidak sepatutnya.

Namun begitu, majlis yang ingin diadakan itu bergantung kepada individu tersebut. Sama ada mahu mengadakan majlis yang besar-besar atau sekadar mengikut kemampuan mereka. Bukan itu sahaja, sesiapa yang diundang pada majlis tersebut juga bergandung kepada empunya majlis.

Tapi bagaimana jika majlis perkahwinan yang dirancang itu dikhususkan khas buat mereka yang setaraf dengannya atau dalam erti kata lain hanya mahu menjemput orang-orang kaya sahaja. Itu semua sememangnya hak individu tapi apa kata kita fahami penjelasan ini.



Walimah (الوليمة) ialah perkataan Arab yang berasal daripada kalimah al-Walam (الولم), yang bermaksud perhimpunan. Ia demikian kerana suami dan isteri akan bertemu dan berhimpun dalam majlis perkahwinan ini. Walimah juga bermaksud makanan pengantin atau semua jenis makanan yang dibuat untuk jemputan dan sebagainya.

Mengadakan walimah, hukumnya sunat muakkad. Hal ini berdasarkan hadith berikut:


أَوْلَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بَعْضِ نِسَائِهِ بِمُدَّيْنِ مِنْ شَعِيرٍ
Maksudnya: “Nabi SAW mengadakan walimah perkahwinan dengan sesetengah isterinya dengan dua cupak gandum.”
Riwayat al-Bukhari (4877)


Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan bahawa para ulama’ telah menentukan beberapa syarat majlis walimah yang wajib dihadiri, antaranya ialah: Tuan rumah tidak mengkhususkan jemputannya kepada orang kaya sahaja. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA katanya:


بِئْسَ الطَّعَامُ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى إِلَيْهِ الأَغْنِيَاءُ وَيُتْرَكُ الْمَسَاكِينُ
Maksudnya: “Seburuk-buruk makanan ialah jamuan di majlis walimah yang khusus untuk orang kaya sahaja dan meninggalkan orang miskin."
Riwayat Muslim (1432)


Dr. Muhammad Yusri bin Ibrahim berkata: Makanan walimah atau kenduri kahwin adalah makanan yang diberkati. Justeru, tidaklah baik dijemput terhad hanya kepada orang yang kaya tanpa dilibatkan orang yang miskin bahkan terdapat tegahan daripada melakukan perbuatan tersebut. (Lihat Syarh Umdah al-Ahkam min Kalam Khair al-Anamdalam Bab Wasaya, hlm. 10)


Hadith ini menjelaskan keadaan umat manusia yang selepas wafatnya Rasulullah SAW. Mereka hanya meraikan orang kaya dalam majlis-majlis walimah, mengkhususkan jemputan kepada mereka dan mengistimewakan mereka dengan hidangan yang bagus-bagus, sebagaimana yang biasa berlaku kini. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/623-624)

Semoga majlis perkahwinan yang dihadiri oleh semua golongan termasuk fakir miskin dan orang-orang soleh serta anak yatim boleh memberkati majlis tersebut dengan doa-doa daripada mereka. Amin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen