Tanda-Tanda Suami Atau Isteri Anda Tidak Boleh Ditegur Kesalahan.

Dalam hubungan terutamanya percintaan, pasti kita mahukan toleransi bersama pasangan. Sama-sama berusaha untuk mengeratkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Malah setelah mengikat tali pernikahan juga, tidak mahu akhirnya bertemu dengan perpisahan. Namun, dalam rumah tangga siapa sahaja yang dapat jangka apa yang akan berlaku.

Ini kerana masing-masing dapat mengenali antara satu sama lain dengan terperinci setelah duduk sebumbung dan tidur sebantal.

Semakin lama duduk bersama, semakin banyak pula sikap pasangan yang anda baru tahu. Malah, semakin tidak boleh ditegur pula jika membuat kesilapan. Jom lihat antara tanda-tanda pasangan (suami atau isteri) anda tidak boleh ditegur…

1. Berulang kali melakukan kesilapan yang sama.

Apa yang anda boleh lihat pada pasangan yang tidak boleh ditegur adalah, sering kali melakukan kesilapan yang sama. Tidak pasti sama ada terlupa, atau buat-buat lupa. Ataupun pasangan merasakan anda yang lupa tentang kesalahan yang dilakukan olehnya. Ini kerana apabila melakukan kesalahan tersebut, anda seolah-olah tidak mengambil beratpun kesalahan tersebut.

2. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Antara tanda yang paling ketara anda boleh lihat adalah apabila pasangan seolah-olah menerima arahan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Jika ini yang terjadi, tidak hairan sekiranya pasangan sering melakukan kesilapan yang sama sahaja kerana tidak fokus dengan nasihat yang telah diberikan.

3. Mula bersikap ego.

Pasangan juga mula menunjukkan egonya sendiri. Jika sebelum ini egonya masih boleh dilentur, namun sekarang dirinya menjadi begitu degil. Apa sahaja kesalahan yang dilakukan, dirasakan ia adalah betul, tetapi anda yang salah bagi pandangannya. Situasi ini akan menyebabkan anda dengan pasangan sering berantakan kerana sama-sama ingin mempertahankan ego masing-masing.

Malah pasangan mula sukar untuk mengungkapkan kata maaf.

4. Mula menjauhkan diri.

Di samping itu, pasangan anda juga mula menjauhkan diri daripada anda. Sekiranya sebelum ini, pasangan berkejar-kejar ingin pulang ke rumah kerana mahu meluangkan masa bersama, tetapi kali ini kerap pula pulang lewat dari pejabat. Katanya sibuk mengendalikan urusan keraja dengan client dan sebagainya.

Malah, ada sahaja alasan untuk bertemu dengan sahabat kerana ada urusan penting. Hati-hati sekiranya pasangan mula sukar untuk pulang ke rumah, kerana ia berkemungkinan malas untuk mendengar pasangan berleter mengenai kesilapan yang dilakukan berulang kali.

5. Mula bandingkan diri dengan orang lain.

Selain daripada itu, pasangan anda mula membandingkan dirinya dengan orang lain kerana tidak mahu keburukan atau kelemahannya jelas dilihat.

“Sekurang-kurangnya saya tak teruk macam suami …..”

“Tapi saya lebih elok dari isteri kawan awak tu….”

Dan seumpama dengannya. Apabila asyik membandingkan diri dengan orang lain terutamanya dari segi kebaikan, ini menandakan dirinya sedaya upaya mengelak daripada dilihat kelemahan dirinya. Malah, ia menunjukkan bahawa pasangan anda sahaja yang betul.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen