Antara Formula Untuk Berjaya Yang Dikongsikan Oleh Dr Hamid Arshat.

Untuk menjadi insan yang berjaya, pasti banyak formula telah digunakan untuk memastikan kaedah tersebut berkesan. Malah, dalam proses menuju kejayaan tersebut pasti ada usaha untuk bangkit dari kegagalan kerana ia adalah satu pembelajaran.

Untuk menjadi insan yang berjaya, perlu ada matlamat dan inspirasi dalam menuju kejayaan sebagai contoh Dr Hamid Arshat. Jom ikuti perkongsian beliau dalam peroleh kejayaan hidup…

1. Tabiat Mencatit Dalam Buku Nota.

Memang telah jadi tabiat saya mencatitkan dalam buku nota kecil saya, yang saya bawa kemana-mana. Saya catitkan apa saja yang timbul, cita-cita saya, pelan tindakan dan tugas-tugas harian serta pencapaian.

Malah suatu ketika dulu diperingkat awal  saya buka klinik persendirian, saya catitkan dengan terperinci setiap perbelanjaan dan pendapatan.

Saya lihat dikalangan rakyat jepun dan korea tabiat mencatit dalam buku nota telah membawa mereka kemercu kejayaan.

Sebenarnya tabiat membuat nota telah saya amalkan sejak sekolah dan di Universiti.

2. Pilih Kerja Yang Kita Minati Dan Ada Bakat.

Pilih satu bidang yang kita minati. Bakat anak-anak boleh dikesan dalam umur remaja. Bimbing mereka.

Kita mesti cinta dan passionate terhadap pekerjaan kita. Jika tidak cari kerja lain.

Walau pun pada mulanya saya tidak begitu mengetahui dengan mendalam tugas-tugas doktor, namun kelamaan saya dapat kesan bakat saya dalam pembedahan dan minat saya dalam bidang kesuburan.

3. Jadi Usahawan Dan Kerja Sendiri (Self Employed).

Ini adalah sasaran terbaik , tapi perlu perancangan rapi dan tindakan-tindakan berkesan dalam jangka panjang. Perlu tingkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang dipilih, kumpul dana modal ketika kerja dengan majikan dan bijak mengurus masa.

Mulakan sebagai hobi dulu, kemudian jadikan bisnes dan seterusnya jadi perusahan sendiri.

Penting buat pemasaran.

Saya buat keputasan terpenting dalam tahun 1989 untuk berhenti dari kerja kerajaan setelah 19 tahun bertugas dan telah capai pangkat jusa (superscale C). Saya kehilangan pencen dan lain-lain benefits demi untuk jadi self employed.

Saya buka bisnes ' Klinik Pakar Perbidanan dan Sakitpuan' pada 23 hb Feb 1989.

Bila sudah mula bisnes sendiri, saya kawal dengan ketat segala jenis perbelanjaan dan catitkan dengan terperinci aliran kewangan.

Saya downgrade caragaya hidup, guna kereta lama, kawal wang dan keutamaan ditumpukan kepada perbelanjaan yang berkaitan dengan bisnes.

Alhamdulillah segala usaha saya diberkati Allah dan sekarang saya telah capai financial freedom.

4. Kerja Lebih Masa Dan Bijak Berkerja.

Orang-orang yang berjaya dalam perusahaan, perniagaan dan profesyen masing-masing, memang berkerja keras dan lebih masa. Mereka yang kerja 40 jam seminggu akan dapat setakat untuk sara hidup. Orang melayu lebih selesa kerja dengan kerajaan dari pukul 8.30 hingga 4.30 petang.

Mereka yang berjaya , berkerja lebih dari 60 jam seminggu. Peniaga-peniaga berkerja sehingga pukul 10 hingga 12 malam, 7 hari seminggu.

Ada kala saya kerja  lebih 80 jam seminggu  maklumlah jadi pakar bidan saya kena sambut bayi tanpa mengira waktu.

Orang berjaya adalah workaholic. Ada yang balik ke rumah pun masih sibuk buat kerja dirumah. Dalam peringkat permulaan sesuatu bisnes memang perlu banyak pengorbanan.

5. Tuntut Ilmu Seumur Hidup.

Pendidikan formal beri kita peluang dapat perkerjaan untuk sara hidup. Pendidikan sendiri berterusan untuk  bina diri akan melonjakkan anda kemuncak kejayaan.

Walau pun sudah capai umur 72 tahun, saya masih terus berlajar. Tetapi cara berlajar agak berlainan sedikit. Dulu banyak baca buku, tapi sekarang banyak guna smart phone.

Bila-bila ada kelapangan masa, saya akan buka Wikipedia, YouTube Dan lain-lain untuk baca, dengar atau lihat program-program yang ada kaitan dengan project saya. Internet digunakan dengan betul boleh jadi saperti Universiti.

Bila anda telah pastikan sasaran, sudah buat pelan tindakan, baca lah buku yang relevant dalam bidang kerja anda.

Bila pandu kereta mainkan audio program dan dengar.

Tiada jalan pintas untuk berilmu dan berkemahiran.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen