Bapa Ini Kongsi Bahayanya Permissive Parenting Terhadap Anak-Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak adalah permata hati semua ibu bapa. Bahkan setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Tidak ada satu ibu bapa pun mahukan perkara yang tidak baik untuk anak mereka. Begitu juga dalam mendidik anak-anaknya. Pasti ramai ibu bapa merasakan didikan yang diberikan itu adalah bersesuaian dengan anak-anak mereka.

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu memiliki ilmu keibubapaan sebelum memilih didikan yang mana bersesuaian dengan anak-anak. Ini kerana tidak semuanya sesuai buat anak kita bahkan kadang kala cara kita sendiri yang tidak bersesuaian dengan anak kita ini.

Mungkin ada di antara ibu bapa akan memilih permissive parenting sebagai cara didikan buat anak-anak kerana merasakan ia sesuai malah anak-anak juga mudah untuk terima. Namun, bagi saudara Najmi Nawawi, pemilihan permissive parenting sebenarnya bahaya dan tidak sesuai untuk mendidik anak-anak.



Jelasnya, jika helicopter parenting datang dengan gaya 'jangan buat apa-apa, semua itu bahaya', maka permissive parenting pula ialah 'lantak kau la, aku tidak kacau kau, kau jangan kacau aku'. Ikuti penjelasnnya.

“Aku pernah tulis artikel berkenaan bahaya 'helicopter parenting', kini aku akan cuba huraikan bahaya 'permissive parenting' pula. Helicopter dan permissive parenting bersifat berlawanan antara satu sama yang lain.”

Antara ciri-ciri permissive parenting ialah,

1. Ada peraturan yang ditetapkan namun tidak sering diikuti.

2. Rasuah anak (menjadi kebiasaan), seperti memberi mainan, gajet dan makanan untuk anak diam.

3. Jadual anak-anak tidak tetap dan berubah-ubah.

4. Lebih menekankan kebebasan anak-anak untuk buat apa sahaja, namun lupa untuk memberi penegasan dalam hal tanggungjawab.

5. Tidak suka untuk memiliki apa-apa 'conflict' dengan anak-anak, walaupun untuk kebaikan mereka.

Kesannya, anak akan kurang disiplin diri, rendah kemahiran untuk bersosial, dan sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat.

Bahkan jika dilihat dari sudut masa panjang pula, anak-anak ini akan membesar (remaja) dan mudah untuk terlibat dalam masalah sosial seperti pergaduhan, keluar malam, maksiat dan lain-lain.

Kajian membuktikan, anak-anak yang dibesarkan dengan cara 'permissive parenting' ini lebih berisiko untuk menjadi individu bermasalah apabila meningkat remaja kerana mereka terlalu bebas dari kawalan ibu bapa.

Jadi apa yang boleh kita buat? Sebelum terlambat,

a) Tetapkan jadual untuk anak-anak ikuti seperti waktu untuk tidur, makan, solat dan rutin harian lain yang boleh disusun. Pastikan anak-anak tahu apa yang kita harapkan dan mahu dari mereka.

b) Kita sendiri 'follow through'! Pastinya ini ialah antara perkara yang sangat sukar khususnya ibu bapa yang sering bersikap permissive. Tetapi kita perlu juga untuk lakukan ketetapan 'guideline' dan dalam masa yang sama terus kekalkan kasih sayang.

c) Hargai anak atas sikap baik dan kerjasama yang ditunjukkan. Bukan beri hadiah untuk tujuan 'rasuah' namun untuk penghargaan dan motivasi agar mereka kekal bekerjasama.

p/s : Parenting terdapat banyak formula, menjadi tanggungjawab kita untuk terus berusaha belajar dan mencari formula yang terbaik untuk anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen