Antara Jenis-Jenis Teh Dan Manfaatnya.

Selain daripada penggemar kopi, pasti ada sebilangan daripada kita yang gemar pada teh juga. Sudah tentu setiap individu mempunyai citarasa yang berlainan. Di samping mempunyai manfaat tersendiri, teh juga mempunyai pelbagai jenis seperti…

1. Teh peppermint.

Image result for teh peppermint

Selain dapat mencegah bau mulut, antara manfaat yang anda dapat daripada teh peppermint adalah meredakan daripada gangguan percernaan ataupun perut kembung. Konsum teh ini juga dapat melegakan demam, sakit kepala dan melegakan saluran pernafasan.

2. Teh Lavender.

Image result for teh lavender

Menurut kajian, lavender dapat membantu ketidakselesaan reumatik dan kekejangan sendi. Selain dapat mencegah kelemumur, ia juga dapat meredakan sakit-sakit otot. Dan juga ia dapat membantu atau merawat insomnia, kebimbangan, kemurungan dan tekanan pada individu. Selain sebagai minuman, lavender juga dapat digunakan sebagai alternative semburan pada serangga.

3. The elderflower/chamomile.

Image result for teh chamomile

Teh ini pula dapat membantu mengurangkan lendir dalam paru-paru dan kawasan hidung terutamanya dalam merawat asma. Teh ini mengandungi ciri-ciri imun pada tubuh badan manusia dimana merawat penyakit selesema dan demam. Malah, ia juga dapat membantu dalam membuang toksin badan melalui proses pembuangan air dan berpeluh.

4. Teh Hijau.

Image result for teh hijau

Siapa sahaja yang tidak mengenali teh hijau dan manfaatnya. Teh hijau banyak memberi manfaat pada kita dalam merawat segala penyakit. Teh hijau mengandungi antioksida yang tinggi dimana mampu mengekstrakkan toksin dalam tubuh badan.

5. Teh Ginseng. 

Image result for teh ginseng daripada mana?

Teh tradisional daripada Cina ini banyak juga manfaat pada tubuh badan kita, selain dapat merawat pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung. Ia mampu menurunkan kadar kolestrol, dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Di samping itu, ia juga dapat mencegah radang otot paru-paru dan saluran pernafasan.

6. Teh Halia.

Bahan semulajadi seperti halia pada asalnya baik untuk kesihatan badan seperti mengurangkan alahan, mengurangkan kekejangan dan sakit otot, malah untuk merangsang peredaran darah. Ia juga dapat mengurangkan mabuk perjalanan, demam dan mencegah daripada gangguan usus.

Bagi wanita menopaus, halia boleh membantu menguruskan hot flashes. Bagi wanita hamil, halia boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.

Sesetengah sumber berkenaan halia mengatakan ianya sangat berkesan untuk melegakan masalah-masalah yang berkaitan dengan arthritis dan rawatan UTI kerana sebatian anti-radang akar itu.

7. Teh Rosemary.

Image result for teh rosemary

Rosemary juga merupakan herba antioksidan dan ianya boleh mengurangkan pembentukan sebatian karsinogenik ketika memanggang daging, dan dos harian teh rosemary membantu untuk memecahkan gas bagi melegakan senak.

Rosemary juga berkesan membantu menghalang pencetus alergi, meningkatkan daya ingatan dan mencegah arthritis juga. Gunakan 1 sudu rosemary kering untuk setiap 3 cawan air mendidih. Untuk memaniskan bolehlah menambah madu dan sedikit sirap di dalamnya.

Rosemary yang mempunyai kandunga antioksidan juga bertindak melawan radikal. Suatu penyelidikan  menunjukkan bahawa herba ini menggalakkan kesihatan mata, mengurangkan pembentukan agen penyebab kanser, dan mencegah penuaan otak.

8. Teh Rooibos/Merah.

Related image

Rooibos mengandungi jumlah  antioksidan dan mineral yang tinggi  termasuk besi, kalsium, zink, dan magnesium. Rooibos juga berkesan dalam merawat penyakit kulit.

Rooibos juga dikenali kerana sifat menenangkan untuk membantu menggalakkan ketenangan dan tidur malam yang baik, namun begitu ianya tidak akan membuatkan anda mengantuk di siang hari.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen