Cara Mengumpul Wang Dengan Mudah Untuk Menonton Konsert Artis Luar Negara.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa cemburu melihat rakan-rakan sentiasa sibuk dengan rutin yang menyeronokkan, terutama buat mereka yang kaki konsert artis luar negara. Macam-macam konsert musim lalu anda terlepas, tak akan konsert akan datang juga anda ingin membiarkan ia terlepas lagi. Pasti anda rasa ingin juga pergi ke konsert besar-besar seperti ini, malah tidak salah sekiranya ingin cuba sekali skala.

Namun begitu, kesempitan wang pasti akan menjadi penghalang buat kalian untuk menikmati perkara sebegini. Sebenarnya, mereka yang pergi ke konsert besar ini selalunya tidaklah memiliki wang cukup buat diri mereka. Tetapi kesungguhan dan minat itu menyebabkan mereka ini akan cuba mencari jalan untuk menyimpan wang yang mencukupi.



Jangan risau, jika anda bersungguh untuk melakukan beberapa perkara ini, bukan setakat konsert artis luar negara sahaja anda boleh nikmati tetapi melancong ke luar negara juga boleh. Jom cuba.

1. Bekerja sebagai freelance.

Jika anda mempunyai kemahiran dan ingin mendapatkan pendapatan tambahan, maka bekerja sebagai freelancer boleh menjadi pilihan. Ambil kesempatan pada waktu malam dan hujung minggu untuk bekerja pada projek sampingan anda. Jangan lepaskan peluang seperti ini kerana tidak semua orang miliki kemahiran yang sama seperti anda.



2. Menyewa bilik atau kenderaan anda.

Jika anda miliki ruang bilik yang terbiar bolehlah anda membuat sewa ruangan tersebut, tetapi jika anda sekadar menyewa bilik mungkin anda boleh menyewa kenderaan anda kepada mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan tersebut. Biasanya perkara sebegini akan mendapat pulangan yang banyak. Yang penting anda tahu cara yang betul untuk menggendalikannya.

3. Menjual barang yang terpakai.

Buat anda yang memiliki barang yang banyak tapi tidak tahu nak buat apa, bolehlah anda pilih dan asingkan mana yang elok untuk dijual sebagai barangan terpakai. Mungkin ada yang berpendapat bahawa ia tidak menguntungkan sangat namun jika anda ia cukup sekiranya anda gunakan ia sebagai wang tambahan anda.

4. Membuat grab.

Buat mereka yang memiliki kereta, apa kata anda cuba untuk buat grab sebagai penambah mata pencarian anda. Jika anda rajin dan boleh melakukannya dengan kerap ia pasti akan memberi pulangan yang banyak dalam masa seminggu sahaja, jadi tersangatlah beruntung jika anda berpeluang lakukan kerja ini.



5. Cari part time.

Melakukan kerja part time sememangnya memenatkan tetapi ia akan memberi pulangan yang banyak kepada anda. Sebagai contoh, anda boleh melakukan part time di kedai-kedai makan atau sebagai pembantu jualan. Selain membantu kewangan ia juga membantu kemahiran komunikasi anda.

6. Menjadi food runner.

Perkara ini juga menguntungkan sebenarnya. Anda boleh jadi food runner untuk makanan segera, makanan yang anda masak sendiri atau makanan yang diambil di kedai-kedai makan. Apa yang perlu anda tahu, anda membuat iklan akan perkhidmatan yang anda sediakan itu.

Mereka yang berseronok itu kadang kala berusaha keras dalam mengumpul wang mereka. Maka anda tidak seharusnya cemburu akan keseronokan yang mereka rasai kerana mereka telah berpenat lelah sebelum itu. Jadi ini pula peluang anda untuk merasainya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen