5 Sebab Perasaan Iri Hati Akan Menyumbang Kewangan Yang Tidak Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu, perasaan iri hati atau hasad dengki ini sememangnya tidak biak malah ia juga tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Namun begitu, setiap orang pasti tidak akan lari dari perasaan sebegini, melainkan dirinya bijak menangani perasaan ini.

Bukan itu sahaja, iri hati ini bersifat negatif, maka dalam tidak sedar ada di antara kalian berdepan dengan masalah kewangan hanya gara-gara perasaan ini. Iri hati ini adalah perasaan seperti ketamakan, kemalasan, kesombongan, dan kemarahan yang boleh memusnahkan diri sendiri.

Iri hati ini akan mengubah seseorang menjadi taksub dengan harta dan kehidupan hari ini. Bukan itu sahaja, iri hati juga boleh memberi kesan kepada keadaan kewangan. Berikut adalah kesan iri hati yang membuat anda berada dalam garis kemiskinan.



1. Iri hati akan membuat anda lebih ke arah keburukan.

Cuba lihat mereka yang berjaya ini, pasti mereka ini mempunyai satu persamaan iaitu bersifat positif. Mereka adalah orang yang boleh mengubah peluang terkecil menjadi satu kejayaan besar. Iri hati adalah emosi negatif yang membuat anda jatuh ke dalam tindakan negatif dan mempengaruhi kehidupan anda secara keseluruhan.

Iri hati akan membuat anda sentiasa mengadu dan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang diperoleh sekarang. Anda akan terus membandingkan kehidupan dengan kehidupan orang lain. Buang cemburu dan abaikan apa yang orang lain ada. Fokus pada apa yang anda mahu, kekal positif, dan tentukan matlamat.



2. Iri hati membuat anda ingin meniru orang lain.

Perkara yang kerap kali berlaku apabila perasaan iri hati semakin menebal di hati. Iri hati ini akan membuat seseirang itu tidak sedar bahawa mereka ini telah mengikut gaya hidup yang tidak sepatutnya, di mana akhirnya ia akan membawanya ke hutang dan kesengsaraan.

Anda perlu sedar bahawa jika anda cuba untuk memiliki orang lain punya atau sesuatu yang di luar kemampuan ia akan menambahkan beban hidup anda. Apabila anda tidak mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi, mengikuti gaya hidup orang lain akan membuat anda berhutang malah membeli menggunakan kad kredit, kerana hanya mahu menunjuk-nunjuk bahawa anda juga boleh lakukan perkara yang sama.



3. Iri hati akan membuat anda berasa ragu terhadap keputusan yang anda lakukan.

Mungkin anda mula bertanya mengapa anda tidak memiliki kereta, kenapa tidak tinggal di rumah besar, atau sesuatu yang lain. Kecemburuan dalam diri anda akan membuat anda meragui segala yang dilakukan.

Anda akan mula mempersoalkan setiap keputusan yang dibuat dan anda mula tidak mempercayai keputusan anda sendiri. Pada akhirnya anda akan merasa sukar untuk membuat pilihan yang berani kerana anda tidak pasti pilihan yang dibuat setakat ini.



4. Akan menarik lebih banyak perkara negatif.

Orang kata apabila kita sentiasa positif terhadap apa yang kita mahukan, pasti perkara positif yang akan selalu hadir disekeliling kita. Jadi apabila anda berfikir tentang kejayaan, ia akan menarik kejayaan dan apabila anda memikirkan kekayaan, anda juga akan mendapat kekayaan.

Begitu juga apabila anda mempunyai emosi negatif, emosi tersebut akan menghantar isyarat bahawa anda tidak dapat memiliki apa yang anda inginkan dan anda tidak akan mendapat apa yang anda miliki dan terus merasakan bahawa kehidupan tidak adil.

5. Anda akan terlibat dengan masalah kesihatan.

Sesetengah orang yang menghadapi cemburu dan merasa tekanan akan membuat mereka menggunakan dadah untuk menenangkan diri mereka. Minum alkohol atau menggunakan dadah tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Sebaliknya ini boleh memudaratkan kesihatan mental dan badan anda.

Jika anda mahu berjaya, maka buang segala perasaan negatif dalam hidup anda. Jangan terlalu cuba untuk menjadi orang lain sehingga merosakkan segalanya. Adalah lebih baik menjadi diri sendiri yang bergantung dengan kemampuan yang ada.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen