Doktor Ini Kongsi Kesan Perut Boroi Hingga Mampu Menjejaskan Kestabilan Tulang Belakang Serta Cara Mencegahnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai di antara kita ingat bahawa perut yang boroi ini adalah berpunca dari makanan seharian, malah ada juga yang menyatakan bahawa perut boroi ini adalah tanda seseorang lelaki itu bahagia. Tidak hanya itu sahaja, ramai para isteri akan mengidamkan suami mereka berperut boroi kerana mahu dikatakan sebagai isteri yang pandai menjaga suami.

Sedangkan, memiliki perut boroi ini bahaya pada tubuh badan individu. Ini kerana, perut yang boroi ini mampu mempengaruhi tulang belakang seseorang.



Menurut Dr. Muhammad Uwais Al Qorni, individu yang memiliki perut boroi amat berisiko tinggi mendapat penyakit yang dinamakan Lumbar Hyperlordosis. Obesity adalah salah satu punca yang menyebabkan hyperlordosis.

Mari fahami penjelasan beliau akan perkara ini di bawah ini.

Doc dahulunya seorang yang kurus sejak embrio, tetapi setelah sekian lama tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan jadual kerja serta waktu tidur yang tak menentu, doc menjadi seorang yang boroi.

Menjadi boroi atau obese sebenarnya bukan alasan untuk kita bermalasan. Kadang doc sendiri malu jugak untuk menasihatkan pesakit mengenai obesity. Sekarang Alhamdulillah doc sedang dalam fasa mengamalkan diet yang doc gubah sendiri. Dalam masa 2bulan, doc berjaya mencapai target untuk turun 10kg. Ni bukan ayat testimoni produk ya. Owh,tapi bukan itu juga yang doc nak kongsikan kali ini. InshaAllah yang itu nanti doc kongsikan tips mengurangkan berat cara doc.

Kali ini doc terpanggil untuk mengupas mengenai kaitan memiliki perut boroi dan sakit pinggang atau tulang belakang. Tahukah anda bahawa individu yang memiliki perut boroi amat berisiko tinggi mendapat penyakit yang dinamakan Lumbar Hyperlordosis.



Lumbar adalah nama tulang belakang kita yang berada di kawasan pinggang. Manakala lordosis pula merujuk kepada sudut lengkungan tulang belakang tersebut yang menghala ke arah hadapan iaitu arah perut. Individu yang memiliki masalah sakit pinggang disebabkan masalah berat badan dan lemak di kawasan perut yang berlebihan boleh menyebabkan bebanan pada otot sekitar tulang belakang dan lama kelamaan sudut lengkungan ini menjadi bertambah dan dinamakan Hyperlordosis. Kalau melayu mungkin panggil tonggek.

Jika anda perhatikan sesetengah individu yang berperut boroi, bahagian belakang pinggang mereka agak sedikit terbenam ke dalam dan membentuk seakan huruf C jika dilihat dari sisi. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan kestabilan tulang belakang dan lambat laun merosakkan saraf tunjang yang lalu di celahan tulang belakang tersebut.

PUNCA HYPERLORDOSIS

Obesity adalah salah satu punca yang menyebabkan hyperlordosis. Selain itu,punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini adalah :

1. Posture tubuh yang tidak sesuai. Pekerjaan yang memerlukan seseorang untuk duduk lama seperti pemandu lori, bas, pekerja pejabat dsb amat berisiko untuk mendapat masalah ini.

2. Kurang senaman. Jika anda tidak bersenam, otot di sekeliling perut dan tulang belakang akan menjadi semakin lemah kerana tidak selalu digunakan. Otot yang lemah tidak mampu menyokong tulang belakang menyebabkan ia membengkok ke depan.

3. Masalah tulang belakang. Beberapa jenis penyakit yang melibatkan tulang belakang seperti kyphosis (Bongkok), spondylolisthesis dan discitis juga boleh menyebabkan struktur tulang belakang membengkok ke depan.



CARA MENDIAGNOSA PENYAKIT INI

Kebanyakan kes yang doc pernah jumpa, doc dapat mendiagnosa pesakit melalui pemeriksaan fizikal sahaja. Anda juga boleh cuba sendiri di rumah.

Rapatkan belakang badan anda ke dinding dalam keadaan berdiri, kesemua bahu, kepala dan punggung anda akan terus melekap di dinding dan hanya ada ruang sedikit sahaja untuk anda lalukan tangan anda di belakang pinggang. Jika anda menghidap Hyperlordosis, anda akan dapati jarak dari dinding ke pinggang anda itu melebihi jarak satu tangan yang boleh lalu di celahan tersebut.

RAWATAN HYPERLORDOSIS

Jika Hyperlordosis anda menyebabkan anda kesakitan melampau, doktor akan membekalkan anda beberapa jenis ubat tahan sakit seperti ubat tahan sakit kumpulan NSAIDs eg. Voren dan Celebrex. Pastikan anda tidak alahan terhadap ubat ini.

Namun begitu,kebanyakan kes Hyperlordosis boleh diperbetulkan sendiri hanya dengan beberapa langkah atau rawatan mudah tanpa perlu berjumpa doktor.

Antaranya adalah dengan melakukan senaman yang dapat menguatkan otot belakang seperti berenang, squat, ataupon sit-ups secara rutin harian iaitu sekurangnya 30-60minit sehari, sebanyak 3hari seminggu.

Hyperlordosis di kalangan kanak-kanak memerlukan pemantauan rapi pakar kanak-kanak dan physiotherapy sehingga kanak-kanak tersebut berhenti tumbesarannya.



BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR/DOKTOR PAKAR?

Kes yang lebih serius mungkin perlu dirujuk kepada Pakar Orthopedik. Sebelum itu , bagi mendapatkan kepastian, lakukanlah imbasan x ray ataupon MRI.

Setiap rawatan yang diberikan akan bergantung kepada keputusan imbasan ini. Samaada anda boleh diberikan suntikan pelalian kawasan setempat, atau perlu melakukan pembedahan tulang belakang.

Antara symptom yang perlu diberi perhatian adalah apabila anda sudah mencuba pelbagai cara dalam tempoh 12minggu namun tulang belakang anda masih bengkok, kebas pada tangan dan kaki, serta anda tidak mampu untuk mengawal fungsi kencing dan berak.

Jadi jika anda mempunyai antara salah satu dari 3 simptom ini, segeralah mendapatkan khidmat rawatan doktor atau doktor pakar.

BAGAIMANA MENCEGAH DARI TERKENA HYPERLORDOSIS?

1. Jika anda seorang yang obese, segeralah memulakan program atau mengikuti program menguruskan badan. Doc sendiri sedang dalam proses menguruskan badan. Terdapat pelbagai teknik pengurusan badan di luar sana seperti Diet Atkin, Intermittent fasting dsb. Tapi yang penting jangan terpengaruh dengan beberapa produk seperti pil pelangsing badan dsb.

2. Jika anda pekerja kolar putih dan terpaksa duduk menghadap computer berjam2 lamanya, anda harus berjalan seketika dan merenggangkan badan.

3. Jika anda harus berdiri lama, sentiasa selang selikan berat anda ke kaki kiri dan kanan, atau dari tumit ke jari kaki
4. Pakai kasut yang memiliki pelapik tumit yang sesuai.

5. Letakkan bantal untuk menyokong pinggang anda jika anda seorang pemandu kenderaan berat dan perlu memandu untuk tempoh yang lama.

Kesimpulannya, kebanyakan Hyperlordosis boleh dibetulkan hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat, serta kedudukan postur tubuh yang betul.

Oleh itu, sentiasalah bersenam dan menjaga pemakan mulai dari sekarang, jangan tunggu dan tonggek baru nak diet.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen