Tanda-Tanda Anda Memiliki Rakan Sebaya Yang Negatif. Hati-Hati!

Sebagai insan biasa, secara lumrahnya akan berasa sunyi tanpa kehadiran rakan-rakan disisi. Setiap individu pasti mahukan rakan sebaya sebagai sahabat baik, yang boleh lalui kehidupan ketika waktu susah mahupun senang. Akan tetapi tidak semua rakan tersebut dapat ngam dengan personaliti kita.

Ini mungkin disebabkan sikap negatif pada diri sendiri atau pun pada rakan sebaya. Jika benar anda merasakan anda peroleh rakan sebaya yang negatif, jom lihat tanda-tanda seperti dibawah…

1. Ada ketika waktu anda senang sahaja.

Secara kebiasaannya, rakan sebaya negatif hanya hadir ketika anda dalam waktu senang sahaja. Apabila anda susah, sukar pula mahu melibat mereka. Malahan, apabila dihubungi tidak pula dijawab. Whatsapp? Hanya meninggalkan blue tick sahaja. Namun,apa yang anda boleh lihat, mereka sebenarnya ada sahaja masa terluang.

Kehadiran rakan ketika waktu anda senang sahaja, akan membuatkan fikiran anda bercelaru memikirkan hal mereka sahaja. Ini yang menyebabkan dapat mempengaruhi minda anda menjadi negatif juga.

2. Tiada empati.

Anda memang sering meluahkan perasaan pada rakan sebaya, akan tetapi mereka tiada sikap empati pada diri mereka. Apa itu empati? Empati adalah sikap mengambil berat perasaan individu lain, dan sangat memahami. Tinggi sikap empati pada diri, tinggi juga EQ yang dimiliki.

Oleh sebab itu, sebahagian daripada kita sentiasa merasakan, kenapa rakan tersebut hebat dalam pelajaran, tetapi tiada sifat kemanusiaan.

3. Suka mengawal anda.

Rakan sebaya anda juga mula mengawal ke mana sahaja anda pergi. Ia ibaratkan membuli diri anda secara diam. Tetapi apa yang anda rasakan adalah, rakan mengambil berat tentang anda. Secara logik, jika rakan sebaya suka mengawal atau mengongkong anda, pasti cuba mengambil kesempatan atau Ada Udang Disebalik Batu.

Hati-hati!

4. Suka memanipulasi keadaan.

Ini lagi hebat, suka putar belitkan keadaan dan situasi. Rakan anda hebat dalam menjadi Talam Dua Muka ataupun Tikam Belakang. Sikap negatif ini secara perlahan-lahan akan memberi impak pada emosi dan mental anda sahaja. Jika anda cuba untuk menenangkan keadaan, rakan anda ini pasti akan menokok tambah cerita sehingga mampu memanipulasi keadaan.

5. Sukar mengaku kesalahan.

Dalam mana-mana perhubungan pun, kata-kata maaf adalah amat penting. Jika sukar untuk mengungkap kata-kata maaf atau mengaku kesalahan, ini tanda dirinya ego dan degil. Jika anda memiliki rakan sebegini, ini menandakan dia mampu mempengaruhi minda anda menjadi negatif. Khuatir, anda pun turut sama akan sukar mengaku kesalahan.

6. Suka memperkecilkan anda.

Antara tanda-tanda negatif pada rakan anda adalah, apabila dia suka memperkecilkan atau mempersendakan diri anda. Setiap apa yang anda lakukan, seperti mahu pergi ke temuduga tiada langsung kata-kata penghargaan. Apa yang rakan anda mampu ungkapkan adalah…

“Sekarang ni kan susah nak cari kerja, kau rasa kau dapat kerja ke nanti?”

Adakah Anda Memiliki Rakan Sebaya Yang Negatif, Atau Anda Sendiri Yang Menjadi Rakan Negatif Tersebut? Hati-Hati!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen