5 Tanda Hubungan Perkahwinan Anda Mulai Hancur Dan Perlu Dapatkan Khidmat Kaunselor.

Untuk mempertahankan hubungan suami isteri pada masa kini semakin lama semakin mencabar. Bukan mendidik anak-anak sahaja mencabar, apa jua dugaan pasti ada cabarannya tersendiri. Semuanya terpulang pada setiap individu cara untuk mengendalikan situasi tersebut.

Akan tetapi apabila hubungan suami isteri mulai menuju ke arah perpisahan, dan mula hilang sabar untuk mempertahankan, pasti akan ada 5 tanda ini…

1. Mula bersikap sambil lewa.

Sama ada anda atau pasangan, masing-masing mula bersikap sambil lewa dalam menguruskan hal rumah tangga. Daripada mengemas rumah, menjaga anak-anak sehinggalah dalam merancang kewangan bersama. Masing-masing bersikap acuh tak acuh sahaja.

Kalau ada, ada…

Kalau tak ada, lagi bagus…

Kadang-kadang bil air, bil elektrik ada sahaja tunggakan.

2. Mula mengabaikan pasangan dan juga anak-anak.

Secara perlahan-lahan pasangan diabaikan, apatah lagi keperluan anak-anak di rumah. Jika berada di rumah pun, anda sedaya upaya untuk menjauhkan diri atau hanya berdiam diri sahaja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Anak-anak sakit, biar pasangan yang uruskan.

Anak-anak lapar, tunggu pasangan yang masakkan.

Hari demi hari, anda seperti tidak wujud dalam rumah tersebut.

3. Mula tidak memberi perhatian yang secukupnya.

Apabila sudah mengabaikan pasangan dan anak-anak, sudah tentu malas untuk memberi perhatian apa yang terjadi dalam rumah. Anak-anak meluahkan perasaan, anda mahupun pasangan tidak fokus dan hanya memikirkan hal sendiri sahaja. Jika pasangan mempunyai masalah juga, anda hanya membiarkannya berlarutan tanpa diselesaikan.

4. Mula mengabiskan masa di luar rumah.

Antara tanda yang paling jelas kelihatan adalah, anda ataupun pasangan mula menjauhkan diri dan banyak menghabiskan masa di luar rumah. Sama ada di rumah kedua ibu bapa, ataupun sahabat handai sahaja. Tidak lagi berlari-lari atau berkejar-kejar untuk pulang ke rumah selepas sahaja waktu kerja kerana keadaan di rumah lebih tertekan.

Jika anda pulang ke rumah sekalipun, pasti pada waktu semuanya sudah hanyut dibuai mimpi. Wajah pasangan tidak lagi menjadi keinginan pada diri untuk menatap setiap masa.

5. Mula menyembunyikan masalah.

Di samping itu, anda atau pasangan mula menyembunyikan masalah dan tidak berkomunikasi. Jika berbual pun, bukan isu yang penting dan hanya berbual kosong sahaja. Jika ada masalah kewangan atau kesihatan hanya dibiarkan sahaja, dan menanggung keseorangan. Anda lebih suka selesaikan bersendirian atau pun dengan pihak lain sahaja.

Jika 5 tanda ini terjadi pada hubungan anda bersama pasangan, sama-sama berbincang dan dapatkan nasihat daripada perkhidmatan kaunselor, atau individu yang lebih beramanah. Bukan luahkan pada individu yang bakal menjadi batu api dalam hubungan anda dengan pasangan. Khuatir akan berlaku kecurangan pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen