5 Tips Merancang Hal Berkaitan Majlis Perkahwinan Apabila Berada Dalam Hubungan Jarak Jauh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercinta ini tidak semuanya akan berada di depan mata, bahkan kita semua perkara perlu diselesaikan bersama-sama pasangan. Ada kalanya pasangan mungkin bertugas di luar daerah yang hanya membolehkan diri pulang sekali sekala. Bukan itu sahaja, ada juga pasangan yang terpaksa menguruskan majlis perkahwinan mereka secara bersendirian kerana ketiadaan pasangan di sisi.

Namun itu semua bukan menjadi satu penghalang hingga terbatalnya sebuah majlis yang bakal menyatukan kalian berdua. Anggap sahaja perkara tersebut adalah dugaan yang perlu dilalui oleh kalian agar lebih menghargai masa-masa bersama kelak. Bahkan akan melakukan perkara-perkara yang akan mengejutkan pasangan anda.

Buat anda yang berdepan masalah sebegini, jangan terlalu risau jika anda perlu menguruskannya bersendirian. Apa yang perlu anda pastikan segalanya teratur dan berjalan lancar apabila tiba hari kejadian. Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:



1. Hadkan perbualan mengenai percangan perkahwinan kalian.

Menjalinkan hubungan jarak jauh sememangnya agak sukar untuk mempunyai kualiti masa yang baik. Maka dengan itu, jangan sia-siakan masa yang ada itu untuk perkara seperti pergaduhan. Ini kerana, apabila anda terpaksa menguruskan majlis perkahwinan bersendirian anda lebih mudah untuk tetekan. Jadi hadkan setiap perbualan anda mengenai perancangan perkahwinan dan mula berbicara perkara yang lebih mendatangkan kemesraan di antara kalian.



2. Bahagikan tugas agar lebih mudah.

Ini kerana ia adalah majlis perkahwinan kalian berdua pasti anda mahu si dia turut serta dan rasa teruja akan setiap perancangan perkahwinan ini, maka dengan itu cuba untuk bahagikan tugas agar masing-masing mempunyai moment ketika hari bahagia nanti. Jika perkara ini terlalu rumit buat kalian berdua, adalah lebih elok sekiranya kalian meminta bantuan mereka yang lebih mahir seperti perancang perkahwinan.

3. Cari masa untuk berjumpa.

Jangan membiarkan jarak dan kesibukan kerja membuatkan anda tiada masa untuk berjumpa. Ini adalah komitmen yang penting, maka anda dan pasangan perlu bijak untuk mencari masa yang sesuai untuk bertemu. Walaupun kalian selalu berhubung di dalam telefon bimbit, tetapi keadaan itu tidak sama dengan saling bersua muka. Adalah lebih baik berjumpa agar setiap perbincangan itu lebih jelas.



4. Bercakap mengenai perkahwinan tersebut.

Jangan lupa untuk berbincang dengan lebih detail akan setiap perkara. Apabila hari semakin hampir, masing-masing perlu mula menumpukan perkara ini dahulu berbanding perkerjaan atau hal yang lain. Pastikan anda mendapat kesefaham akan semua perkara dan tidak mempunyai salah faham atau tiada persetujuan bersama. Pastikan anda segala-galanya diterima bersama.

5. Meminta bantuan keluarga.

Sudah menjadi perkara biasa, keluarga adalah orang yang sentiasa sedia menghulurkan bantuan, maka dengan itu jangan malu untuk meminta bantuan mereka, malah jangan sesekali menyimpan perasaan sendiri. Setiap perkara yang anda mahu lakukan pastikan mendapat pendapat dari mereka. Barulah majlis tersebut lebih berjalan lancar dan meriah.



Jangan hanya kerana kalian berada di tempat yang berlainan menjadi punca majlis perkahwinan itu tidak lancar. Bahkan jangan kerana berjauhan menyebabkan kalian sukar untuk capai persetujuan bersama. Cuba untuk bertenang dan cari jalan penyelesaian bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen