“Jaga Anak Adalah Satu Ujian, Jadi Ayah Memang Kena Banyak Bersabar..” Ikuti Perkongsian Ini.

Dalam menjaga dan mendidik anak-anak, para ibu bapa pasti akan melalui fasa tertekan dimana fizikal dan mental mula tidak stabil. Dengan peredaran zaman, menjaga anak-anak menjadi lebih mencabar berbanding waktu ketika dahulu.

Dengan kehadiran teknologi yang semakin berkembang maju, pasti mudah untuk mempengaruhi minda anak-anak. Ia menjadi tanggung jawab ibu bapa sama ada pengaruh itu membawa kepada kebaikan datau kebaikan. Untuk tingkatkan IQ atau EQ, atau seimbangkan, terpulang pada ibu bapa itu sendiri.

Namun, kunci untuk  menjalankan tanggung jawab ini adalah SABAR, terutamanya pada seorang ayah, seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Seorang Ayah Kena Banyak Sabar !!

Stamina kena tinggi, kena kuat tahan sakit dan kena bijak kawal emosi. Jangan pula bila di uji sedikit dah mengeluh, terus melenting tak tentu pasal.

Jaga anak ni satu ujian !

Diorang bukan peduli pun kita cakap penat, letih dan nak rehat. Lagi kita cakap penat lagi kuat dia nyak belakang kita.

Di panjatnya la belakang kita, di tumbuk-tumbuk perut kita dan paling dasyat dia suruh kita jadi kuda, dan dia tunggang ala koboi. Yehaa!

Inilah lumrah jadi ayah.. maknya jarang kena, ayah yang selalu kena..

Kalau pinggang tak sakit kepala mesti sakit dulu. Silih berganti sakit pun ada. Tapi tetap juga diorang tak faham, merengek nak main dengan kita.

Tapi sekali kita mengeluh, dan marah anak begini,

" Ayah penat, pergi main sana!! "

Perkataan ni nampak biasa bagi kita tapi ia sebenarnya berbisa di gegendang telinga si anak.

Sakit macam mana pun kita, makan ubat kita boleh baik semula.

Penat macam mana pun kita, rehat sekejap dah kembali segar.

Tapi anak kita boleh "trauma" dan kekal sampai ke tua nanti kalau kerap di tengking, di marah dan di terkah....

Ini kerana pada usia 7 tahun ke bawah 90% otak anak berkembang sepenuhnya. Trauma ini boleh buat perkembangan otak anak tadi terbantut.

Lebih bahaya lagi jika otak reptilia anak dah tersalah anggap dan nampak ayah sebagai "ancaman". Anak boleh memberontak atau jadi terlalu pasif ( pendiam ).

Bab mental dan emosi anak ni serius. Jangan ambil mudah. Terutama bagi seorang ayah!

Dengan mendengar arahan si ayah anak hanya belajar 20% sahaja dari keseluruhan arahan.

Dengan melihat contoh teladan si ayah anak hanya belajar 30% sahaja dari keseluruhan teladan.

Tapi dengan bermain bersama ayah-anak proses pembelajaran itu jadi 100 peratus.

Bukan sahaja anak jadi lebih bijak IQ dan EQ malah bonding ayah-anak pun semakin akrab.

Lebih baik sakit pinggang, sakit kepala sekarang daripada sakit masa tua nanti anak-anak tak peduli kita.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen