Sentiasa Awasi Anak-Anak Bermain Gadget, Ibu Bapa Jaga Aurat Apabila Di Hadapan Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebanyakan ibu bapa hanya akan memberikan sahaja telefon bimbit mereka kepada anak-anak, agar anak mereka ini duduk diam dan mudah dikawal. Namun begitu, tidak ramai yang sedar akan kesan di atas perbuatan ini. Mana tidaknya, anak-anak masih belum jelas akan fungsi telefon bimbit itu selain mencipta keseronokan mereka tersendiri.

Bukan tidak benarkan anak-anak bermain telefon bimbit anda, tetapi anda perlu lebih berhati-hati dan sentiasa waspada apabila mereka sedang bermain telefon bimbit anda itu.

Mari baca perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi ini mengapa pentingnya anda sentiasa berwaspada.



Ada kes, seorang anak kecil bermain telefon ibunya. Tiba-tiba tersnap lalu terhantar gambar terdedah aurat ibunya ke group-group. Apalagi, riuh rendahlah segala ahli group mesyuarat tingkap, pintu, tangga dan tiang.

Tak riuh macammana, dalam group ada lelaki bujang, bapak orang, pak aji, mak aji dan seangkatan dengannya. Tak lelap tidur pak aji malam itu. Kasihan.

Aduhai, si ibu pula malu bukan kepalang.

Iyalah budak-budak ini, pantang dapat gadjet habis digeledah segala galeri gambar, kemudian tekan sesuka hati. Maklumlah, kanak-kanak kecil dapat telefon bimbit, kadang tu tak tahu apa sangat. Tahu game dan kartun saja.

Jadi, sebagai ibu bapa kena peka hal ini. Nampak remeh, tapi boleh mendatangkan mudharat besar. Guna software/aplikasi untuk kunci maklumat penting dan sebagainya.

Contohnya ibu bapa boleh gunakan aplikasi seperti App Lock, SPIN Safe Browser, Kapersky Safekids, SuperAwesome atau Youtube Kids untuk Youtube, Aktifkan Parantal controls pada Playstore dll.

Jika mahu beri mereka guna, hendaklah dalam pengawasan ibu bapa.

Terlajak bincang, apa pula hukum menanggalkan pakaian dan berpakaian seksi dihadapan anak-anak?

Ibu bapa hendaklah menunjukkan tauladan baik di depan anak-anak. Wajib didik mereka agar tahu batas-batas pergaulan dan aurat. Janganlah sesuka hati mengajarkan sesuatu yang tak sepatutnya mereka terima.

Justeru untuk ibu bapa yang dikasihi Allah SWT semua, pastikan tidak mendedahkan aurat (pada asasnya dari pusat ke lutut, tetapi hendaklah tutup mana-mana bahagian yang boleh menaikkan syahwat) atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. Tanamkan rasa malu, adab, tatasusila, rasa hormat dan maruah diri. Juga sebagai langkah awal untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram.

Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala)…”
[Al-Tahrim: 6]


Dan Ibnu Umar berkata dalam menafsirkan ayat ini: “Didiklah anakmu, kerana kelak kamu akan ditanya tentang pendidikan dan pengajaran seperti apa yang telah kamu berikan kepada anakmu. Anakmu juga akan ditanya tentang bagaimana dia berbakti dan berlaku taat kepadamu.”

Konklusinya, ibu bapalah yang wajib menunjukkan anaknya mahu jadi apa. Corakkanlah mereka sebaik-baiknya, samaada mahu redha Allah SWT atau Syaitan durjana, mahu ke Syurga atau Neraka.

Bolehlah share ke nitezen planet bumi ya, agar sama-sama kita faham dan tersedar dari lamunan mimpi.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen