“Menjadi SUAMI Bermaksud Perlu Menjadi Apa Sahaja Yang Isteri Minta..” Ikuti Perkongsian Ini.

Jika menjadi seorang isteri mempunyai tanggung jawab yang besar, apatah lagi apabila menjadi seorang SUAMI pula. Tanggung jawabnya menjadi berganda kerana dia adalah seorang pemimpin keluarga. Bukan sahaja perlu menjalankan tanggung jawa kepada isteri, anak-anak juga tidak boleh diabaikan, termasuk ahli keluarga sendiri dan mertua.

Oleh yang sedemikian, pada lelaki bujang yang mahu ke jinjang pelamin harus tahu bahawa seorang isteri akan meminta suaminya jadi apa sahaja mengikut waktu dan juga situasi. Setelah bergelar seorang suami, menjadi SUPERHERO untuk isteri itu perlu seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.

Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.

Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.

Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.

Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.

Itulah namanya isteri.

Dia mengadu,

Dia minta tolong,

Dia suruh kita buat macam-macam.

Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.

Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat penganti ayah dia dulu.

Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.

Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.

Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.

Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.

Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!

Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.

Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.

Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.

No photo description available.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen