Jangan Sakat Anak Kecil Dengan Ayat Seperti Ini "Dapat Adik Nanti Ibu Tak Sayang Dah Dekat Kakak" Ia Beri Kesan Pada Hati Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita yang dewasa apabila diusik sebegini pasti akan terasa hati juga, inikan pula anak-anak yang masih kecil perlu terima usikan sebegini. Walaupun kita lihat ia sebagai satu usikan biasa tetapi kita tidak tahu bagaimana mereka memahami dan mengerti akan perkara tersebut.

Jadi sedikit sebanyak, apa yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi ini ada betulnya. Masih ada diantara kita ini mengusik anak-anak yang masih kecil, dengan kononya ibu bapa mereka sudah tidak sayangnya apabila mereka ini miliki adik kelak.

Mahu ada yang menangis bahkan ada merajuk apabila dengar kata-kata seperti ini, sedar atau tidak sebenarnya kita ini? Mereka ini masih lagi belum begitu memahami akan sesuatu perkara tetapi terpaksa berdepan dengan perebutan kasih sayang dan juga perhatian daripada insan yang mereka kasihi.



"Habislah kakak. Nak dapat adik ni nanti ibu tak sayang dah kat kakak."



Suka sangat orang menyakat dengan ayat macam tu kat budak kecik. Dulu la. Sekarang saya tak pasti. Waktu saya masih kecil, saya pun merasa. Bila kita menangis-nangis, semua pakat ketawa terhibur.

Hati-hatilah bila menyakat budak. Memang seronok tengok 'serangan anxiety' mereka. Tapi emosi mereka terdera teruk tau. Saya tau la sebab masa kecil pernah disakat macam ni. Duduk pula dengan saudara-mara, lagilah ideal jadi bahan.

Tolonglah jangan sakat. Sampai dewasa saya rasa bersalah bila ingat memori mencubit adik yang masih kecil. Saya masih ingat betapa puas dapat menabur bedak sebotol di badan adik. Tak mungkin jiwa sementah 5 tahun ada perasaan nak menyakiti makhluk comel bernama bayi kalau bukan kita dewasa yang memupuk benci.

Sebahagian pilihan cara parenting saya banyak mengambil ikhtibar dari memori saya dibesarkan. Tak. Saya tak salahkan mereka yang pernah membesarkan saya. Setiap dari mereka punya jasa besar yang tak mampu terbalas.

Cuma iyelah, zaman dulu-dulu ilmu parenting ini tidak mudah nak dapat macam sekarang.

Waktu mengandung anak kedua, saya dah nampak cabarannya. Ammar takut dan tak suka dengan bayi. Mungkin sebab mukanya dah beberapa kali diterkam. Egosentriknya pula masih kuat.

Bila menyambut saya yang baru keluar dari hospital lepas bersalin, Ammar memalingkan muka. Taknak langsung matanya melintas wajah adik.

Padahal dari mengandung dah berkempen. Ajak dia bercakap dengan adik di dalam perut, bacakan buku cerita tentang sayang adik dan bercerita betapa seronoknya dia lepas ni ada kawan bermain.

Kadang-kadang dia menyambut baik kempen saya. Kadang-kadang dia menolak. "Takpe, Ammar nak mama je. Lepas beberapa minggu bermula dari cuit-cuit adik, dia mula berani minta peluk.



Ya, kadang-kadang kita rasa usaha kita macam sia-sia. Terutama untuk anak bawah 4 tahun yang boleh memahami nilai peraturan dan perasaan orang lain.Tapi teruskan usaha. Akan sampai satu masa, kita akan lihat kesan baiknya.

Sampai sekarang bila saya terlebih melayan Aqlan, saya panggil Ammar untuk dilayan kemudiannya. Bila saya terlebih marah Ammar, saya panggil Aqlan untuk dimarah juga kemudiannya.

Takut. Takut terbit rasa benci dan iri hati. Nauzubillah.

Sebagai ibu, kita kena peka membaca parasaan anak-anak. Kalau mereka meletus, kita perlu jadi salji yang menyejukkan. Bila mereka menjauh, kitalah yang jadi tali penyambung. Bila mereka bertelagah, kitalah yang mendekatkan huluran salam antara mereka. Bila mereka bermusuh, pelukan kitalah yang akan jadi pendamai.

Biar pendapat, aliran politik, selera makan mahupun lagu kegemaran membezakan, tapi hubungan bersaudara tetap utuh.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen