"Perlu Ada Surat Pengesahan Doktor Sebelum Menaiki Flight" Tasha Manshahar Kongsi Tips Naiki Pesawat Buat Ibu-Ibu Hamil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kali kita dengar bahawa wanita yang sedang sarat mengandung tidak digalakkan untuk menaiki kapal terbang untuk pergi ke satu tempat yang agak jauh. Ini kerana, keadaan dalam kapal terbang, gegaran yang berlaku serta tekanan udara menjadi rendah apabila sudah berada beberapa ribu kaki di udara. Keadaan ini akan membuatkan ibu hamil tidak selesa dan boleh merangsang kelahiran pramatang lebih-lebih lagi apabila usia kehamilan sudah mencapai 36 minggu.

Oleh sebab itu, banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.

Namun begitu, setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi yang berbeza untuk dipatuhi penumpang.



Berikutan itu, penyanyi Tasha Manshahar berkongsi pengalaman pertamanya menaiki pesawat ketika sedang sarat hamil. Perkongsian yang dilakukan di ruangan Instagram miliknya itu sememangnya membantu ibu-ibu untuk yang ragu-ragu adakah wanita hamil dibenarkan menaiki pesawat ataupun tidak.

Menurut beliau sebelum melakukan penerbangan, apa yang penting buat ibu hamil adalah mendapatkan nasihat daripada doktor.



Ada tak tips jalan jauh masa pregnant? Ni baru jalan separuh hari dah nak demam rasa. Baru dalam Malaysia ni.
Boleh ke wanita hamil menaiki kapal terbang?

Oh yea, ramai juga tanya boleh ke naik flight kalau pregnant. Tu jugak yg bermain dalam fikiran sebelum book flight ticket. Maklumlah, first time kan, So ni sikit info untuk yang first timer macam Tasha.



Ambil boring di kaunter.

Tasha naik Air Asia. Untuk kandungan bawah 28 minggu, sebelum masuk pintu perlepasan, kena ambil satu borang dekat kaunter dan isi. Ada 3 helai kertas, satu untuk simpanan kita, 1 bagi masa dekat gate, dan 1 lagi bg dekat cabin crew.

Sertakan surat pengesahan doktor.

Untuk 28 minggu - 34 minggu kena sertakan surat pengesahan doktor sekali berkenaan tahap kesihatan kita dan kandungan.

Surat doktor mesti dikeluarkan dalam masa 30 hari sebelum penerbangan.

Surat doktor tu mesti dikeluarkan dalam tempoh 30 hari sebelum penerbangan. Kalau lebih, kena pergi dapatkan surat baru daripada doktor tau.

Usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan terbang.

Untuk kandungan 35 minggu dan ke atas dah tak dibenarkan terbang ya. Pastikan jaga kesihatan, bawa ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor, bawa buku pink dan doa banyak-banyak minta Allah pelihara dan permudahkan semua.

Different airlines may have different procedures. So better korang double check okay?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen