4 Langkah Kewangan Yang Perlu Diambil Setelah Medapati Diri Anda Hamil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila mendapat tahu bahawa diri sedang hamil, pasti perasaan bakal si ibu dan bakal si bapa akan begitu teruja dan gembira menantikan kelahiran anak mereka ini. Terutama jika ini merupakan kelahiran pertama buat mereka. Pasti ia adalah satu perasaan yang ditunggu-tunggu sebelum ini.


Namun begitu, jangan lupa untuk merancang kewangan buat anak anda. Ini kerana, anak anda semakin besar maka pelbagai kewangan yang diperlukan untuk kegunaan masa depannya. Adalah lebih elok jika anda melakukan perancangan buat mereka sejak dari awal lagi, barulah masa depan mereka akan lebih terjamin.

Kadang kala kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Boleh jadi, kita akan pergi terlalu awal meninggalkannya, maka dengan itu persediaan buat dirinya adalah sangat perlu diutamakan. Dengan itu, perancangan di ketika awal usia kandungan adalah sememangnya digalakkan kerana ia akan memudahkan anda malah anak anda kelak.



Apa yang perlu anda rancang buat anak-anak anda ini?



1. Keperluan kelahiran.

Perkara yang biasanya ibu bapa teruja untuk lakukan adalah membeli barangan keperluan bayi yang bakal lahir. Mana tidaknya selama ini, mereka ternanti-nanti saat ini, maka kini boleh membelinya pasti banyak perkara yang ingin dibelinya. Namun begitu, jangan terlalu terburu-buru dengan membeli semua perkara dengan banyak. Anda perlu tahu bahawa bayi ini mudah membesar dengan cepat, maka beli pakaian yang secukupnya jangan sampai membazir pula.

2. Siapkan segala kerja.

Anda perlu pastikan bahawa anda akan menguruskan segala kerja di pejabat anda. Ini kerana, anda perlu bercuti panjang maka jangan biarkan kerja anda tertangguh kerana ia akan membebankan orang lain. Maka dengan itu, masa yang ada sebelum anda bercuti bersalin nanti, anda perlu pastikan segala tugas anda telah selesai mengikut waktu yang ditetapkan.

3. Membeli pelindungan buat anak-anak.



Banyak ibu bapa yang tidak sedar akan kepentingan pelindungan ini hanya kerana terpaksa membayar bulan-bulan lalu mereka memilih untuk tidak memilikinya. Sedangkan, insurans ini amat penting apabila ia berkaitan dengan kesihatan anak-anak. Sebagai contoh jika anak anda diserang penyakit dan anda tidak mempunyai wang yang cukup maka insurans ini akan melindungi anak-anak anda.

4. Dana Pendidikan anak-anak.

Walaupun anak masih dalam kandungan, namun memikirkan dana Pendidikan adalah tersangat penting. Ini kerana, anda tidak akan mampu mengumpul sejumlah wang yang banyak dalam masa yang terdekat. Maka dengan itu, permulaan penyimpanan di awal usia kandungan sudah semestinya akan membantu masa depan anak-anak anda kelak.



Walaupun dalam perasaan gembira dan teruja itu, ibu bapa tidak boleh mengabaikan perkara-perkara ini. Fikirkan masa depan dan lindungi anak-anak anda, barulah anda mampu melihat mereka ini membesar dengan gembira.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen