Jimat Dalam Diam, 5 Kaedah Pengurusan Keluarga Yang Bijak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah menjadi ibu bapa, pasti anda akan lebih banyak memikirkan tentang anak-anak kerana masa depan anak-anak adalah perkara yang paling utama buat ibu bapa. Bukan hanya itu sahaja, ibu bapa juga memegang tanggungjawab yang besar di mana ia perlu menyara anak-anak mereka sehingga dewasa. Maka dengan itu, pengurusan kewangan yang bijak sememangnya memainkan peranan yang penting.

Kos makanan harian, pakaian, dan hiburan buat anak-anak boleh jadi sangat memeningkan kepala apabila anda tidak pandai untuk menguruskan kewangan dengan baik. Itu belum termasuk dengan perbelanjaan pendidikan yang semakin meningkat saban tahun.

Sebenarnya ada beberapa tips yang akan membantu mengawal kewangan keluarga anda, malah ia juga mampu mengeratkan hubungan anda sekeluarga. Berikut adalah cara-caranya yang mungkin membantu anda untuk mendapatkan idea dalam berjimat.



1. Lebih utamakan untuk memasak di rumah.



Membeli barangan basah dan memasak sendiri di rumah sememangnya agak menjimatkan. Bukan itu sahaja, hidangan tersebut lebih berkhasiat malah mampu mengeratkan hubungan anda bersama keluarga. Ini kerana, masa yang ada sememangnya anda akan tumpukan buat keluarga anda sahaja.

Anda boleh menjadualkan untuk makan di luar rumah satu hingga dua bulan untuk menghiburkan keluarga anda dan membawanya keluar. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu kerap di luar rumah dan menjadikannya tabiat dalam rumah anda.

2. Membeli barangan terpakai, mengapa tidak.

Jangan merasakan bahawa barang terpakai itu sudah tidak berguna atau tidak sesuai untuk dibeli. Barangan ini juga mempunyai kualiti yang tersendiri sesuai dengan harganya. Barang terpakai yang mempunyai kualiti sangat baik adalah seperti meja belajar, kerusi, meja makan, dan pelbagai perabot yang lain.

Tidak ada salahnya untuk membeli pelbagai barangan tersebut dalam keadaan secondhand kerana harga yang ditawarkan boleh lebih rendah dan murah. Pada masa ini terdapat banyak kedai yang mengkhususkan diri dalam menjual pelbagai perabot yang telah diperbaiki dan sesuai untuk digunakan semula. Oleh itu, anda boleh menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

3. Tumpukan pada pembelajaran dan minat anak-anak.

Jangan sesekali mengabaikan apa yang anak-anak minat ataupun pembelajaran anak-anak. Mungkin anda boleh menambah kelas tambahan buat anak-anak tetapi ia mengikut kelemahan anak dalam subjek tersebut. Apabila anak perlukan kelas tambahan itu tidak bermakna anda perlu memasukkannya untuk semua subjek.

Namun begitu, jangan terlalu memaksa anak-anak untuk perkara yang mereka tidak minat. Anda juga perlu perhatikan minat mereka dan bantu untuk mengembangkan minat mereka ke arah yang lebih baik.

4. Bijak asingkan wang untuk pengurusan rumah.



Rumah yang anda miliki itu mungkin memerlukan penyelenggaraan, pembaikan dan pelbagai pengubah suai apabila terjadi kerosakan. Jadi anda perlu bijak untuk mengetepikan pendapatan anda untuk perkara yang tidak terjangka sebegini.

Bukan sahaja untuk kos pembaikan rumah, anda juga perlu mengetepikan wang untuk kemungkinan menambahkan ruang dan mengembangkan bangunan rumah apabila ahli keluarga meningkat.

5. Mencari hiburan murah di rumah.



Menggalakkan ahli keluarga dan anak-anak anda untuk bercuti dan bersenang-senang tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan mahal. Cari alternatif hiburan di rumah yang menarik, tetapi menghasilkan kos yang menjimatkan. Anda boleh mengajak anak-anak untuk bermain permainan papan atau board games yang menyenangkan. Memainkan permainan papan seperti monopoli dan yang lain bukan hanya menyeronokkan untuk dilakukan, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti hubungan anda dengan anak-anak.

Bagaimana anda hendak berjimat itu semua bergantung pada kekreatifan anda. Jangan hanya kerana anda malas untuk berfikir dan mencari jalan bagaimana untuk berjimat, maka anda sanggup untuk berbelanja lebih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen