Antara Perbelanjaan Yang Membuat Anda Membazir Tanpa Disedari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk mengelakkan pembaziran kepada perkara yang tidak sepatutnya, malah ingin mengumpul lebih banyak wang dalam simpanan, anda perlu bijak dan meneliti semula setiap perbelanjaan yang dilakukan tanpa anda sedar. Ini kerana, kadang kala perbelanjaan yang dilakukan itu dianggap sebagai keperluan tetapi sebenarnya hanya terarah kepada pembaziran tanpa disedari.

Untuk kestabilan kewangan, anda mungkin perlu meningkatkan jumlah pendapatan atau mengurangkan jumlah perbelanjaan setiap bulan. Jika pada masa ini anda tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan setiap bulan, maka penyelesaian terbaik yang perlu dilakukan adalah untuk mengurangkan perbelanjaan setiap bulan.



Mari lihat pembaziran yang bagaimana anda lakukan setiap bulan tanpa disedari itu.

1. Bayaran langgan bulanan.



Perlu diakui bahawa yuran langganan yang dikenakan setiap bulan sangat mempengaruhi jumlah perbelanjaan setiap bulan. Ini adalah perbelanjaan yang membuat bajet membazir. Cuba untuk menilai jenis langganan yang akan diikuti, sama ada langganan majalah bulanan, langganan siaran televisyen keahlian gim, langganan surat khabar, atau langganan muzik bulanan.

Tidak semua perkara ini wajib dilanggan, ini kerana kadang kala anda tidak menggunakannya sepenuhnya. Bahkan mungkin anda hanya menggunakan sekali skala sahaja.

2. Barangan rutin harian.



Barangan rutin harian yang dimaksudkan di sini adalah ubat gigi, sabun, syampu, minyak masak, detergen, dan sebagainya. Sudah tentulah kesemua barangan ini mempunyai jenama dan harga yang berlainan. Namun begitu, kualiti mereka masih dalam keadaan yang sama.

Jadi kadang kala kita hanya membayar sesuatu kerana jenama sahaja, sedangkan ia memiliki kualiti yang sama dengan jenama yang lain. Apa kata anda mencari sesuatu yang sama kualiti tetapi miliki harga yang sedikit murah.

3. Bahan makanan di supermarket.



Pasaraya menawarkan kemudahan membeli-belah yang lebih baik berbanding kedai runcit biasa. Membeli-belah di pasar raya membuat anda tidak perlu berdesak-desakan dengan pembeli lain dan juga tidak perlu memanaskan diri semasa membeli-belah.

Kemudahan yang disediakan di pasaraya membuatkan anda terpaksa membayar sesuatu dengan harga yang lebih berbanding yang di kedai runcit atau pasar biasa. Bukan itu sahaja, kesegaran dan kualiti bahan makanan, kedai runcit biasa terbukti lebih baik daripada bahan makanan di pasar raya.

Namun begitu, semuanya bergantung pada anda untuk memilih yang mana. Nak berjimat atau tidak ia semuanya pilihan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen