Masalah Bonjolan Yang Menjadi Bengkak Di Hadapan Telinga, Jangan Biarkan Sahaja. Jom Periksa.

Kadang kala mungkin ia kurang jelas atau kita sendiri kurang teliti dengan keadaan telinga sendiri dan anak kita. Bahkan ada yang beranggapan ia adalah perkara biasa bukannya sesuatu hal yang serius. Namun apabila ia sudah berada di tahap yang membimbangkan barulah mahu mendapatkan rujukan atau rawatan dari pakar.

Pernah atau tidak kita periksa telinga anak atau telinga pasangan serta diri sendiri, dan mereka ini ada memiliki satu lubang atau benjolan? 

Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, itu adalah preauricular sinus di mana ia biasa berlaku di hadapan telinga.



Kalau ada, apa yang anda nak buat? Perlu dirisau ke?

Apa itu 'preauricular sinus'? Pernah dengar sebelum ini?

Sinus Preauricular adalah kecacatan kongenital biasa yang pertama kali dikenalpasti pada tahun 1864. Biasa berlaku di kawasan depan telinga kita.



Penyakit ini biasanya dikenalpasti semasa pemeriksaan fizikal rutin. Ia dapat diketahui dengan pembentukan cyst atau bonjolan yang boleh menjadi bengkak di hadapan telinga. Selalu juga saya perasan kes-kes seperti ini, bukanlah 'rare' sangat untuk ditemui di klinik ENT.

Anda mesti tertanya-tanya. Bagaimana boleh dapat masalah ini? Betul?

Sinus Preauricular diwarisi secara autosomal dominan. Ia boleh timbul secara spontan. Ia juga boleh berlaku di kedua-dua belah telinga dalam 25-50 % kes, dan boleh juga berlaku pada sebelah bahagian sahaja.

Ubat antibiotik serta pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair nanah perlu dilakukan sekiranya cyst atau kantung tersebut mengalami jangkitan.

Walaubagaimanapun, untuk sesetengah pesakit, pembedahan untuk membuang semua cyst/kantung tersebut mesti dilakukan sebaik sahaja jangkitan pada lubang tersebut sembuh. Ini bagi memastikan jangkitan sinus preaurikular tidak berulang.

Anda rasa ragu-ragu? Tak pasti status masalah anak anda? Jangan ragu-ragu juga bawa jumpa doktor.
Kami sedia membantu.


Anda masih keseorangan?

830,872 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen