Pikat Hati Bapa Mertua Demi Memiliki Anak Perempuan Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu bukan kita dengar bahawa seorang bapa itu lebih menyayangi anak peempuan mereka malah, ayah adalah hero buat anak gadis mereka. Sebab itulah dalam mencari menantu buat anak kesayangan mereka ini, si ayah selalunya akan lebi bersifat tegas dan sedikit dingin sehinggalah lelaki tersebut betul-betul menunjukkan usaha seperti yang dimahukan.

Ketika anak perempuan mereka bakal berkahwin sahaja, barulah kelihatan seorang ayah ini mula resah dan bimbang. Ketika anak perempuan mereka ini membawa teman lelaki, si ayah mula bersikap tegas dan dingin kepada bakal pasangan anak. Sedangkan apabila sudah berkahwin kelak, si ayah ini berlainan benar dengan si ibu. Biasanya ayah sudah tidak masuk campur malah lebih memerhati sahaja berbanding si ibu yang kadang kala akan masuk campur dalam urusan perkahwinan anaknya.

Sebagai anak, kita tahu bahawa ayah ini jarang sekali luahkan isi hati mereka, malah untuk menyatakan rasa sayangnya juga pasti sukar. Tapi mereka ini begitu menyayangi anaknya.



Jadi buat mana-mana lelaki yang mahu mengahwini anak gadis, cuba pikat hati bapanya. Pastikan bapa benar-benar menerima anda dengan hati yang terbuka dan mempercayai anda untik menjaga anak kesayangannya.

Berikut adalah cara untuk pikat hati bapa mertua.

1. Tunjukkan rasa hormat.

Seorang lelaki akan berasa lebih baik dan sedikit selesa apabila dirinya dihormati, maka dengan itu hormati bapa pasangan anda. Walaupun mempunyai perbezaan pendapat atau idealogi, itu tidak bermakna anda boleh buang rasa hormat terhadap dirinya. tunjukkan padanya anda begitu menghormatinya seperti bapa sendiri.

2. Menjaga dan melayani anak perempuannya dengan baik.

Seorang bapa selalu memegang peranan sebagai penjaga keluarga. Dalam melepaskan anak anak perempuannya pergi bersama seorang lelaki yang dicintai, dia ingin melihat anak-anaknya sentiasa berada dalam keadaan baik. Dia akan berasa lebih baik jika dia tahu bahawa anak-anaknya dijaga dengan baik dan menjalani kehidupan yang baik. Bahkan dirinya sentiasa mahu melihat anaknya tersenyum bahagia semasa dia melepaskannya untuk bersama dengan suaminya.

3. Anda bijak menjaga keluarga anda.

Sebagai seorang bapa dan juga suami, bapa mertua biasanya akan lebih menyayangi anda apabila anda bijak menjaga anak dan cucunya. Ini kerana, dia tahu bagaimana sukarnya perkara tersebut namun anda berjaya melakukannya dengan baik. Pastikan anda selalu menunjukkan bahawa anda begitu menyayangi anak dan isteri anda selalu.

4. Melawatnya selalu.

Apabila anda berjaya memiliki anaknya, jangan lupa untuk pulang melawatnya. Ini kerana, dalam hati mereka, mereka merindui anaknya. Bahkan juangan lupa luangkan masa dengannya. Tunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam hidupnya.

5. Kenali dan rapat dengannya.

Cara terbaik untuk belajar mengenainya ialah melalui anak-anaknya. Cari beberapa alasan bersama dengannya. Cuba untuk cari persamaan dengan dirinya. Jika tidak memiliki persamaan pun tidak mengapa, cuba untuk bersikap terbuka dengan memahami dirinya. Bahkan ambil tahu apa yang disukai dan tidak.

Seperti mana-mana hubungan, hubungan anda dengan bapa mertua anda mungkin tidak selalu mudah. Anda mungkin melanda beberapa ujian yang bergelora dan mendapati diri anda berada dalam perselisihan. Namun begitu, ia bukan alasan untuk membuatkan anda berjauhan dengannya sekaligus membuatkan anaknya dengan ayahnya bermasam muka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen