Bulan Madu Kali Kedua Buat Hubungan Bertambah Hebat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan kadang kala akan begitu membosankan apabila kita selalu melakukan rutin harian yang sama, malah kepenatan yang dilalui sehari-hari. Sebab itulah hubungan ini juga memerlukan sedikit istirehat untuk menjauhkan diri daripada kepenatan dan rutin yang membosankan dalam hubungan. Ini kerana, apabila kedua pasangan penat dan bosan dengan rutin harian, maka hubungan yang ada akan menjadi renggang dan masing-masing cuba mencari keseronokkan yang berlainan.

Sebab itulah pentingnya pergi berbulan madu buat kali kedua hanya untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan juga pasangan agar segala aktiviti pembinaan hubungan di antara suami isteri itu akan berlaku dari mula semula. Ini kerana, setiap kali anda pulang dari berbulan madu, hubungan akan bertambah segar malah kalian juga tidak begitu bosan dengan rutin yang sama. Bahkan ia juga merupakan alasan yang baik untuk anda dan pasangan berehat dari kesibukan kerja di pejabat.



Sekiranya anda bercadang untuk pergi kali kedua hanya untuk memastikan hubungan kalian membaik dan semakin erat, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.

1. Untuk mendapatkan perancangan yang hebat, tetapi jangan terlalu banyak melakukan aktiviti yang memenuhi masa kalian berdua. Cuba untuk mengisinya dengan aktiviti yang meluangkan masa untuk satu sama lain.



2. Anda perlu berasa bebas untuk melakukan apa yang anda mahukan. Bukannya mengikut segala jadual atau aktiviti yang sepatutnya. Ini bukan percutian sekolah, tetapi ini percutian menghangatkan hubungan. Jadi anda dan pasangan bebas melakukan apa sahaja termasuklah tidak keluar dari hotel selama sehari.

3. Untuk memastikan kalian saling memerlukan antara satu sama lain, apa kata cuba untuk libatkan aktiviti yang mencabar dan aktiviti yang belum pernah anda cuba lakukan. Pengalaman ini akan membuatkan anda lebih memerlukan antara satu sama lain dan ingin sentiasa bersama.

4. Pastikan banyak aktiviti yang santai agar anda dan pasangan lebih banyak meluangkan masa bersama dan menyemarakkan hubungan semula.

5. Jangan lupa untuk lakukan perbualan dari hati ke hati yang lebih mendalam untuk memastikan anda terasa seperti baru lagi berkahwin.



Pergi berbulan madu buat kali kedua ini adalah untuk memastikan hubungan anda dan pasangan sentiasa erat seperti di awal perkahwinan. Oleh itu pastikan anda melupakan segala kerja anda buat seketika bahkan meminta ibu bapa di kampung untuk menjaga anak-anak. Dan kalian suami isteri, menikmati semula saat-saat romantis seperti pengantin baru lagi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen