Jangan Lakukan 8 Perkara Ini Ketika Mula Bekerja.

Mendapat kerja ketika ramai yang menunggu peluang untuk bekerja adalah salah satu perkara yang menggembirakan. Mula mencari pengalaman, bahkan mempunyai pendapatan sendiri untuk berdikari. Namun, dalam memiliki pendapatan tidak kira kecil mahupun besar pasti akan membuatkan anak muda mula tersasar.

Bukan sahaja tersasar dalam perancangan kehidupan, malah menjadi lupa diri sehingga tiada simpanan dan dana kecemasan. Oleh itu, pada mereka yang mula bekerja, jangan lakukan 8 perkara ini…

1. Jangan lupa menabung.

Ketika mendapat gaji yang pertama, sudah pasti banyak komitmen untuk dilangsaikan sehingga merasakan tidak perlu untuk menabung. Ini kerana mempunyai perasaan takut sekiranya duit tidak cukup sehingga ke hujung bulan. Situasi sebegini sudah tentu mendorong anak muda untuk tidak menabung.

Jika ini yang berlaku, tidak hairan sekiranya makin lama, makin sukar untuk menyimpan wang.

Simpan sedikit seperti RM50 sebulan terlebih dahulu, apabila sudah mendapat pengesahan bekerja lebih 3 bulan, naikkan pula RM100 sebulan. Ini untuk memupuk sikap suka menabung.

2. Jangan lupa bayar hutang.

Mempunyai banyak hutang dan komitmen? Langsaikan dahulu hutang anda!

Makin kurang hutang anda, makin kurang terbeban dengan kehidupan. Tiada penyesalan. Jangan menganggap mula sahaja kerja dengan gaji pertama tidak perlu membayar hutang kerana tidak mencukupi. Nak hidup tenang dan rezeki yang cukup, langsaikan hutang sedikit demi sedikit.

3. Jangan cepat lompat kerja.

Jangan terlalu kerap lompat kerja seperti setiap 3 bulan. Setiap tahun pasti akan bertukar kerja kerana merasakan diri tidak serasi dengan syarikat tersebut. Hanya dengan alasan tersebut, resume anda pasti akan mengundang banyak persoalan pada mana-mana majikan. Ini juga antara punca, anda sukar untuk mendapat kerja yang diidamkan.

4. Jangan mengumpat tentang majikan, apatah lagi luahkan di sosial media.

Tidak puas hati dengan majikan, mahupun dengan rakan sekerja, anda mula mengumpat dan meluahkan perasaan tidak kena tempat. Jangan bergossip seandainya anda mahu mementingkan kerjaya. Perkara ini bukan sahaja tidak sihat untuk anda, malah anda dianggap tidak beretika sekiranya majikan atau rakan sekerja mengetahui anda sering post status di sosial media.

5. Jangan lupa ibu bapa.

Selain daripada itu, untuk mendapat rezeki yang berkat dan sentiasa tenang di tempat kerja, anda jangan lupa pada ibu bapa pula. Dah dapat gaji, lupa pula pada ibu bapa adalah perkara yang membuatkan anda menjadi anak yang lupa diri dan tidak munasabah. Kerja yang anda dapat adalah dorongan doa daripada ibu bapa anda juga.

6. Jangan sewa rumah yang mahal.

Kerja berjauhan dengan ibu bapa, maka anda terpaksa sewa rumah. Jangan mempunyai alasan untuk selesa seperti rumah sendiri dimana anda sanggup untuk sewa dengan kadar yang mahal. Demi keselesaan juga, anda sanggup menyewa di apartment atau kondo yang memiliki kemudahan yang berganda seperti gym, swimming pool dan sebagainya.

Cukuplah keselamatan rumah sewa terjaga.

7. Jangan selalu ambil MC.

Sering mengambil MC kerana sakit, ataupun liat untuk bangun pagi? Ataupun tidak suka dengan kerenah majikan mahupun rakan sekerja?

Sering mengambil MC akan membuat prestasi kerja anda akan terjejas, dan tidak dapat kepercayaan daripada majikan.

8. Jangan malu jadi kuli, tetapi jangan pilih untuk menjadi kuli.

Anda memiliki degree atau pelajaran yang tinggi, sudah pasti inginkan kerja yang selari dengan bidang anda. Namun, jangan malu untuk bermula daripada bawah untuk membina pengalaman. Akan tetapi, jangan pula menjadi kuli pada kerja yang bukan ditetapkan untuk anda. Sebagai contoh, anda bekerja sebagai Admin, tetapi perlu menjadi runner atau dispatch.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen