Anda Penggemar Makanan Jepun? Jom Lihat Manfaat Rumpai Laut Yang Kita Tidak Tahu.

Bagi penggemar makanan jepun seperti sushi, pasti tahu tentang rumpai laut atau dipanggil seaweed ini. Mereka yang menggemari onigiri juga pasti tahu kerana ia disalut dengan rumpai laut. Sama ada dalam bentuk mentah ataupun sudah diawet ia mempunyai manfaat yang banyak pada kesihatan tubuh badan.

Image result for seaweed

Rumpai laut memiliki kalori yang rendah, dan dimakan sebagai sayuran oleh orang jepun. Oleh sebab itu, mereka sentiasa langsing dan dapat mengekalkan berat badan yang ideal. Antara manfaat yang menakjubkan, yang kita tidak tahu adalah….

1. Dapat mempercepatkan penyembuhan luka atau parut.

Rumpai laut amat kaya dengan vitamin K, dimana ia dapat menyembuh luka dengan cepat kerana korrdinasi vitamin ini dengan platelet. Iaitu sejenis sel yang membantu pembekuan darah. Jadi, proses penyembuhan menjadi cepat kerana vitamin K akan menghantar isyarat kimia, dimana platelet mengumpul darah dan membekunya supaya darah tidak cepat mengalir.

Namun, rumpai laut dengan jenis wakame mempunyai kandungan vitamin K yang kurang.

2. Untuk menguatkan tulang dan gigi.

Anda pasti tidak tahu bahawa rumpai laut juga mengandungi kalsium dimana ia baik untuk tulang dan gigi. Jika anda seorang yang alergi atau tidak boleh minum susu untuk meningkatkan kalsium dalam badan, anda boleh pertimbangkan dengan pengambilan rumpai laut ini kerana ia mengandungi 60 mg kalsium.

Kekurangan kalsium dalam badan akan mengakibatkan otot-otot terjejas, malah sel-sel untuk selaraskan sistem saraf.

3. Untuk meningkatkan tenaga.

Rumpai laut juga mengandungi zat besi dimana ia mampu menghasilkan tenaga yang perlu dibakar oleh tubuh badan apabila melakukan aktiviti harian. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anda menghidapi penyakit anemia dimana badan anda menjadi begitu lemah dan lesu. Oleh itu pentingnya zat besi dalam tubuh badan anda, seperti rumpai laut ini kerana ia mengandungi 8 mg semangkuk.

4. Baik untuk penderita diabetes dan kolesterol.

Rumpai laut juga mengandungi omega-3 asid lemak. Lembaran rumpai laut mengandungi asid lemak omega-3 yang sama sebagai dua buah alpukat. Fungsi asid lemak omega-3 adalah untuk meningkatkan kolesterol baik atau HDL, dan mengurangkan kolesterol jahat atau LDL.

5. Terhindar dari pembengkakan kelenjar tiroid.

Kandungan yodium dalam rumpai laut adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam makanan lain. Mengambil tahap iodin atau yodium yang sihat ini adalah penting untuk mengekalkan tiroid yang sihat. Masalah dengan tiroid boleh menyebabkan beberapa gejala seperti badan berasa lemah, kelemahan otot, kolesterol tinggi, walaupun dalam kes-kes yang teruk boleh menyebabkan keadaan perubatan yang serius seperti goiter, jantung berdebar-debar dan ingatan yang merosot.

6. Untuk melawan beberapa penyakit kronik.

Antara vitamin yang terkandung dalam rumpai laut ini adalah seperti magnesium, tembaga, zink, riboflavin, niacin, thiamin, vitamin A, B12, B6, dan C. Beberapa nutrien ini adalah antioksidan. Selain mengandung flavonoid, rumpai laut juga mengandungi antioksidan tinggi lain seperti karotenoid. Antioksidan sendiri berfungsi untuk mencegah kerosakan kepada tubuh akibat radikal bebas, dan baik untuk kesihatan kardiovaskular.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen