Boleh Ke Ucapan Bersin Kepada Orang Bukan Islam? Ikuti Penjelasan Ini.

Secara lumrah, manusia akan mengalami proses pembuangan kuman atau bakteria melalui bersin. Semua orang akan bersin, termasuklah mereka yang bukan Islam. Namun, kecelaruan yang kita dapati adalah, bolehke ucapan bersin kepada mereka yang bukan Islam ini? Ikuti penjelasan ini…

Sebagaimana Saidina Abu Hurairah RA pernah berkata:

“Saya pernah mendengar Baginda SAW bersabda:

“Hak seseorang muslim terhadap muslim lainnya ada lima, iaitu: Menjawab salamnya, menziarahinya ketika sakit, mengikuti (menguruskan) jenazahnya, memenuhi (mendatangi) undangannya (kendurinya) dan menjawab (mendoakan) ketika dia bersin. “”

[Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari, Al-Imam Muslim, Al-Imam Muslim, Al-Imam Ahmad, Al-Imam Ibnu Hibban dan Al-Imam as-Suyuti]

Rasulullah SAW telah mengajarkan lima hak sebagai seorang muslim ke atas saudara muslim yang lain melalui sabdanya di atas.

Antara hak yang perlu ditunaikan ialah mendoakan apabila muslim itu bersin.

Doa apabila bersin turut diajarkan oleh Baginda SAW melalui hadisnya yang lain. Dalam hadis ini juga, Rasulullah SAW mengajarkan juga bagaimana reaksi dan ucapan kita ketika orang di sebelah kita bersin.

Daripada Saidina Abu Hurairah RA.

Daripada sabda Rasulullah SAW:

“Apabila salah seorang kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “Alhamdulillah” dan hendaklah pula saudara ataupun kawan (di sisinya yang mendengar ucapan itu) menyebut: “Yar Haam Kallah.” Dan apabila dia menyebut “Yar Haam Kallah” maka hendaklah (yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan) mengatakan: “Yahdi Kumullah Wa Yuslihu Balakum”.

[Hadis riwayat Al-Imam al-Bukhari]

Hadis yang ringkas ini telah mengajarkan kepada kita secara terperinci mengenai doa yang telah dianjurkan oleh baginda. Berikut merupakan doa yang telah diajar oleh Baginda SAW:

1. Doa Ketika Anda Bersin (Ucapan Tahmid).

اَلْحَمْدُ ِللهِ

Maksudnya: Segala puji bagi Allah

2. Doa Ketika Mendengar Orang Di Sebelah Anda Bersin (Ucapan Tasymit).

يَرْحَمُكَ اللهُ

Maksudnya: Semoga Allah memberi rahmat kepadamu

3. Doa Bagi Menjawab Kembali Doa Di Atas (Bagi Orang Yang Bersin).

يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيَصْلِحُ بَالَكُمً

Maksudnya: Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan membaguskan keadaanmu.

UCAPAN BERSIN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.

Jika anda mendengar orang di sebelah anda bersin, namun dia bukan Islam, maka anda juga mengucapkan doa kepada mereka seperti yang telah diujarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu:

Daripada Abu Musa RA, ia berkata:

“Orang-orang Yahudi saling bersin di samping Rasulullah SAW, mereka berharap semoga Rasulullah SAW menjawab:

“Yar Haam Kallah” (Semoga Allah melimpah belas kasih padamu),

Tetapi Rasulullah menjawab:

“Yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi petunjuk dan membuat baik hatimu).”

[Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi]

Oleh yang sedemikian, bukan sahaja kita perlu menjaga adab ketika terdengar orang islam atau bukan islam bersin, malah jaga juga adab ketika diri sendiri bersin iaitu dengan menutup mulut. Boleh dilihat sebagai individu yang biadap sekiranya anda bersin dengan mulut yang terbuka pada orang sebelah kerana anda menyebarkan virus atau bakteria jahat.

Malah, hikmah menutup mulut ketika bersin adalah untuk mengelakkan bunyi yang kuat dimana akan menganggu ketenteraman orang di sekeliling. Walau dalam apa jua perkara, Islam masih menekankan adab-adab untuk kita ikuti.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen