Beri Pelukan Dan Pujian Sebagai Reward Apabila Anak Bersikap Baik, Nak Bentuk Tingkah Laku Anak, Perlu Baiki Diri Ibu Bapa Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak sememangnya akan sentiasa menuji kesabaran ibu bapa mereka dengan pelabagi cara. Apa yang boleh dilihat mereka ini akan menguji ibu bapa melalui perangai dan tingkah laku mereka, di mana kadang kala boleh menyebabkan ibu bapa naik suara sedikit. Marah ibu bapa bukan tanda tak sayang cuma terlebih sayang sahaja.

Sebagai ibu bapa, kita tidak tahu mengapa anak kita sikap sebegitu bahkan cara untuk mengawalnya juga kurang berjaya. Hanya kita sahaja yang banyak mengalah tetapi akhirnya menyebabkan anak-anak sendiri menjadi mangsanya. Mana tidaknya, bila menangsi bagi telefon bimbit, bila meragam bagi telefon bimbit. Macam mana nak selesai.

Jangan pening kepala dahulu, Puan Aishah Kassim ada berkongsi beberapa tips untuk menangani masalah tingkah laku anak-anak anda. Selepas ini guna sahaja cara ini, tidak perlu sogok anak menggunakan telefon bimbit lagi.



Masalah tingkahlaku ni biasa je sebenarnya untuk kanak-kanak.. Dah nama pun mereka tengah belajar kan... Nak belajar disiplin, bentuk adab, rules dll.. Mereka masih lagi kurang atau tak faham tentang betul ke salah.. Dosa, pahala seperti kita.. Sebab tulah mereka perlukan tunjuk ajar dari orang dewasa..

Bila kanak-kanak ada masalah tingkahlaku, bukan bermaksud mereka jahat.. Mesti ada sesuatu yang mereka cuba nak sampaikan tapi mngkin bukan dengan cara yang betul.. Mungkin hanya cara begitu sahaja yang mereka tahu untuk dapatkan apa yang mereka inginakan..

Jadi dalam membentuk tingkahlaku kanak-kanak.. Tingkahlaku kita pun kena betul jugak.. Jika perlu marah apa salahanyaa untuk mengajar.. Jika perlu puji.. Pujilah dengan bersungguh dan ikhlas.. Bila beri perhatian, perlulah sepenuh hati... Dan saya yakin parents mesti tahu menilai apa yang anaknya buat betul atau pun tidak.. Cuma kadang-kadang tak berdaya nak respon dengan sepatutnya.. Dan menyebabkan kanak-kanak tersalah faham dan melakukan tingkahlaku yang tak diingini parents..



Berikut sedikit tips untuk anda.. Ada caranya.. Tambahan pula dengan anak yang ada masalah delay.. Lambat bercakap, tak faham, takde respon pun bila di tegur.. Lagi pening kan..

1. Rewards tingkahlaku positif.



Walaupun anak anda suka buat macam-macam perangai yang memeningkan kepala, mesti mereka ada melakukan perkara yang baik.. Jadi bukan sahaja anda mengatakan jangan, tak boleh, atau no, atau salah setiap masa.. Anda juga perlu tegur kebaikan yang mereka buat. Contohnyaa, anak anda tolong ada ambil barang, anda perlu highlight kebaikan tersebut.. Rewards boleh diberikan dalam bentuk pujian, pelukan atau cium yang menunjukkan anda gembira dengan sikapnya.

2. Ignore / punish tingkahlaku negatif



Elakkan memberi rewards pada tingkahlaku yang negatif.. Contohanyaa anda memberikan apa yang mereka inginakan semasa mereka sedang mengamuk dan tantrum.. Itu merupakan rewards untuk mereka.. Atau semasa anak tak mahu ikut apa yang anda arahkan, tapi mereka di beri rewards dengan peluk dan cium.. Dengan rewards, tingkahlaku tersebut akan berterusan dan akan diulang ulang oleh kanak-kanak... Rewards bukan sahaja dalam bentuk barangan.. Tapi sebarang perhatian adalah rewards pada kanak-kanak.. Seperti, peluk, cium dll..

3. Jelas dan on time



Bagi kanak-kanak, mereka memahami perkara yang dilakukan pada masa tersebut dan sukar untuk mereka relate dengan perkara yang dah lepas. Jadi, jika anda ingin menegur kesalahan anak, lakukan semasa mereka melakukan tingkahlaku terebut.. Contoh, anak memukul.. Anda perlu tegur perbuatan tersebut semasa mereka sedang melakukannya.. Bukan beberapa jam perkara tersebut berlalu. Dan pastikan teguran tersebut jelas seperti “jangn pukul..sakit”. Patikan suara anda tegas, maintain eye contact dan ekspresi muka yang sesuai yang menunjukkan anda tak suka perbuatan tersebut..

4. Buat apa yang anda cakap



Bila menangani tingkahlaku negatif anak, anda perlu teguh dengan pendirian.. Cotohanyaa, bila anda mengatakan “tak boleh”, anda perlu kekalkan tak boleh walaupun anak mengeluarkan pelbagai jenis tingkahlaku seperti menangis, bergolek, memukul, dan ada yang muntah.. Sekiranya anda tewas, anak akan tahu kelemahan anda, dan akan gunakannya setiap kali..

5. Konsisten



Konsisten, konsisten, konsisten.. Ini adalah kunci dalam menangani masalah tingkahlaku... Jika hari ni anda cakap boleh, esok cakap tak boleh, hari ni bagi, esok tak bagi.. Kanak-kanak akan confius apa sebenarnya yang patut mereka lakukan.. Sama juga dengan tingkahlaku anak di sekolah dengan di rumah..

6. Kawal emosi diri



Jika kanak-kanak melakukan tingkahlaku yang membuatkan anda marah.. Kawal perasaan anda dan jangan terbawa-bawa.. Biarlah anda marah mereka kerana sayang dan ingin mengajar.. Bukan marah kerana nafsu amarah dan untuk lepaskan geram.. Kerana kesan yang ditinggalkan adalah berbeza antara kedua-duanya..

7. Beri perhatian secukupnya



Ada kalanya kanak-kanak membuat pelbagai perangai seperti merengek, menangis adalah untuk medapatkan perhatian ibubapa.. Walaupun perhatian yang diterima dalam bentuk yang negatif seperti marah dll, mereka tak peduli..asalkan ianya perhatian.. Asalkan ibubapa menegur mereka dan menyebut nama mereka, itu dikira perhatian.. Jadi sebelum kita menunding jari pada masalah tingkahlaku anak.. Kita perlu tunding jari pada diri kita sendiri dan tanya, adakah kita sudah berikan perhatian yang secukupnya buat mereka..

*Perhatian di sini bukan bermaksud memberi semua yang mereka ingini.. Itu spoil namanya... Perhatian lebih kepada masa anda, tumpuan anda pada mereka dan kasih sayaang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen