Sebelum Nak Beri Pinjam Wang Kepada Rakan, Apa Kata Anda Cuba Lakukan Surat Perjanjian Ini Agar Membantu Di Kemudian Hari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kali kita dengar akan perkara seperti ini di mana orang yang memberi pinjaman akan dilayan bagai pengemis oleh orang yang meminjam wang mereka. Sedangkan masa mula-mula untuk mendapatkan wang pinjaman, orang yang meminjam ini bermulut manis sehingga rakannya itu percaya dan memberi wang kepadanya.

Tetapi apabila rakannya perlukan bantuan dan inginkan wangnya semula, dirinya pula dilayan seperti orang yang ingin meminjam wang. Selalu terjadi perkara sebegini bukan?

Itu belum lagi lihat, orang yang meminjam itu hidup mewah dengan wang tersebut, di mana orang itu pergi bercuti serta menikmati makanan yang mewah. Sungguh sadis dan geram rasanya.

Selepas ini kalau hendak memberi satu pinjaman itu, mungkin anda perlu lebih berhati-hati dan bertindak lebih bijak. Sebagai contoh, mungkin anda boleh menggunakan surat perjanjian pinjaman wang terhadap orang yang mahu meminjam itu seperti yang dikongsikan Puan Nor Zabetha ini.



Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?

Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!

Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.

Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-

1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.

2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.

Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.

3. Nyatakan jumlah pinjaman.

Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.

4. Cara bayaran bagaimana?

Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?

JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!

5. Masukkan terma pengingkaran.

Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.

6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.

7. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.

Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.

Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen