Kos Bayaran Yang Perlu Ditanggung Dalam Setiap Perceraian di Malaysia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika ramai yang mengeluh bahawa sebuah perkahwinan itu banyak memakan duit belanja hanya kerana inginkan sebuah perkahwinan yang gah dan mewah, bagaikan perkahwinan itu hanya dilalui satu hari sahaja. Ramai yang tidak berfikir dengan panjang apabila membuat keputusan sebegini.

Perkahwinan itu sememangnya menyeronokkan, tetapi ramai juga yang memikirkan bahawa penceraian itu jalan yang mudah apabila sudah tiada sefahaman lagi. Perceraian adalah topik yang jarang diperkatakan, tetapi berlaku dan boleh menjejaskan kewangan anda. Daripada yuran guaman kepada alimoni, dan jumlah yang terpaksa dibelanjakan untuk memfailkan perceraian. Tidak hanya itu, jumlah nafkah buat anak-anak juga akan memainkan belanja yang besar jika anda seorang suami.



1. Perceraian suami isteri yang bukan Islam

Bagi pasangan yang bukan beragama Islam, perbicaraan mengenai perceraian akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi dibawah Mahkamah Keluarga.

Perceraian secara persetujuan bersama bermaksud kedua-dua pasangan bersetuju untuk berpisah secara baik dan bersefahaman dalam semua hal yang berkaitan. Ini termasuklah perihal hak penjagaan anak, nafkah pasangan serta pembahagian harta. Kos untuk pasangan yang memfailkan petisyen perceraian secara persetujuan bersama adalah lebih rendah berbanding dengan kos yang terpaksa dikeluarkan sekiranya berlakunya “pertikaian”.

Perceraian tanpa persetujuan bersama bermaksud salah seorang pasangan tidak bersetuju keatas perceraian serta isu-isu tuntutan seperti hak penjagaan anak, nafkah, pembahagiaan harta dan lain-lain.

Terdapat banyak faktor yang diambil kira untuuk menetapkan kos perceraian dan adalah mustahil untuk meletakkan harga untuk setiap kes.

Sebagai contoh, jumlah petisyen perceraian yang difailkan, pemilihan guaman, tempoh masa perbicaraan dan lain-lain kos yang terlibat, bergantung kepada kes tersebut.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang ditanggung oleh pasangan bukan Islam:

i. Petisyen dan pelbagai yuran guaman - Permohonan Tribunal Perkahwinan dan sijil, perceraian, hak penjagaan anak dan petisyen sokongan. Anggaran sebanyak RM250.

ii. Caj Guaman bagi Perceraian Persetujuan Bersama - Bayaran perudingan serta perwakilan: dianggarkan berjumlah antara RM3,000 hingga RM10,000.

iii. Caj Guaman bagi Perceraian Tanpa Persetujuan Bersama - Bayaran perudingan serta perwakilan: dianggarkan berjumlah antara RM15,000 hingga RM50,000 atau lebih bergantung kepada tahap kerumitan kes tersebut.

Secara umum, bagi kes Perceraian Persetujuan Bersama, petisyen bersama adalah lebih cepat untuk diselesaikan diantara tiga hingga enam bulan. Manakalan bagi kes Perceraian Tanpa Persetujuan Bersama, perbicaraan boleh berlanjutan sehingga bertahun! Dan memakan kos yang tinggi.



2. Perceraian bagi pasangan beragama Islam

Bagi pasangan yang bergama Islam dan berlaku perceraian (tanpa persetujuan bersama), kes akan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang ditanggung oleh pasangan yang beragama Islam:

i. Permohonan dan Yuran Mahkamah - Testimoni, Penyampaian, lain-lain permohonan, dan perjalanan perbicaraan mahkamah, anggaran sebanyak RM250.

ii. Yuran Guaman bagi Perceraian Tanpa Persetujuan Bersama - Bayaran perudingan serta perwakilan: dianggarkan berjumlah antara RM5,000 hingga RM100,000 atau lebih (apabila banyak petisyen yang difailkan dan banyak pertikaian) atau bergantung kepada tahap kerumitan kes tersebut.

Bagi kedua-dua perceraian (pasangan beragama Islam atau bukan beragama Islam), menggunakan khidmat perantara (berbanding prosiding undang-undang) adalah cara yang lebih murah untuk rundingan penyelesaian yang melibatkan pertikaian, dianggarkan berjumlah antara RM5,000 – RM15,000.



3. Bolehkah sesuatu perceraian itu berlaku tanpa melantik peguam?

Memandangkan yuran guaman merupakan kos yang besar dalam perceraian, mungkin ada yang terfikir sekiranya anda boleh mewakili diri sendiri – secara teknikalnya, anda BOLEH! Individu-individu boleh memfailkan dokumen mahkamah dengan sendiri tetapi adalah TIDAK digalakkan sekiranya melibatkan kes pertikaian dan kurang pengetahuan untuk berbuat demikian.

Selain itu, seorang peguam yang hebat boleh membantu anda mendapatkan faedah yang lebih baik dalam rundingan penyelesaian dan menjaga hak-hak serta kepentingan anda. Sekiranya anda merasakan bahawa anda mampu dan bersedia menghadapi cabaran untuk mewakili diri sendiri, anda boleh berbuat demikian.

4. Bantuan kewangan dalam urusan undang-undang

Bagi kedua-dua jenis perceraian (pasangan beragama Islam atau tidak), sekiranya tidak berkemampuan untuk melantik peguam, and boleh mendapatkan bantuan daripada Government Legal Aid Department. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membayar perkhidmatan ini pada kadar subsidi dan juga perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi mendapatkan bantuan Government Legal Aid Department, anda perlu lulus ujian kewangan, dimana anda akan diminta memasukkan pendapatan, hutang dan lain-lain perbelanjan dalam setahun. Sekiranya pendapatan anda tidak lebih daripada RM50,000 setahun, anda mungkin layak untuk bantuan guaman. Uji kelayakan anda disini. Memandangkan Legal Aid Department mengendalikan banyak kes perceraian (70% pada tahun 2017), anda mungkin perlu menunggu lama berbanding mendapatkan peguam sendiri.

Pilihan lain yang menyediakan bantuan khidmat guaman adalah Bar Council dan bagi yang beragama Islam boleh meghubungi Sisters in Islam.



5. Bagaimana dengan belanja sara hidup selepas bercerai?

Terdapat dua jenis bantuan atau lebih mesra dipanggil sebagai Nafkah iaitu belanja sara hidup anak-anak dan belanja sara hidup pasangan. Bantuan seperti ini biasanya akan ditanggung oleh pihak suami dimana suami perlu memberikan belanja sara hidup kepada isteri dan anak-anak (jika ada), walaubagaimanapun jumlah belanja tidak ditetapkan.

Belanja akan ditentukan melalui rundingan oleh peguam kedua-dua pihak atau melalui mahkamah. Kriteria untuk menentukan jumlah tersebut terletak pada pendapatan semasa suami, perbelanjaan bulanan, dan sebagainya.

Bagi yang beragama Islam, terdapat juga bantuan (alimoni) yang perlu dibayar oleh pihak suami kepada isteri. Contohnya, Nafkah Iddah ialah bayaran kepada isteri selama tempoh iddah, yang berlaku bagi tempoh tiga bulan pertama selepas bercerai.

Selain itu, Nafkah Mut’ah’ pula merupakan bayaran yang perlu dibayar oleh pihak suami kepada isteri sekiranya suami memfailkan perceraian (tanpa sebab yang munasabah). Kedua-dua perbelanjaan bantuan sara diri ini tidak ditetapkan dan hanya akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah jika kedua-dua pasangan tidak mampu menyelesaikan dan menetapkan sebarang jumlah.

6. Lain-lain kos yang perlu diambil kira

Selain daripada mahkamah, yuran guaman, dan bantuan belanja sara hidup, terdapat juga perbelanjaan lain yang perlu di ambik kira. Contohnya, jika anda kerap naik-turun mahkamah, anda juga perlu mengambil kira kos perjalanan, kos penjagaan kanak-kanak dan kemungkinan kurang pendapatan dari perniagaan dan lain-lain.

Kesimpulan

Jelas bahawa kos perceraian boleh mencecah atau melebihi kos melangsungkan perkahwinan. Namun, ini merupakan sebahagian daripada kehidupan. Oleh itu, sangat penting untuk mempertimbangkan semua kebarangkalian apabila anda ingin berumah-tangga termasuklah kos perceraian sekiranya berlaku.

Antara cara untuk mengurangkan kos perceraian adalah Perjanjian Sebelum Pernikahan. Ini merupakan kontrak bertulis yang menerangkan pemilikan/pembahagian harta, bersama dengan perjanjian lain.

Sekiranya anda mahu berkahwin, anda boleh mempertimbangkan Perjanjian Sebelum Pernikahan kerana ini boleh membantu untuk menghadkan pertikaian, pembaziran masa serta kos perbelanjaan sekiranya berlaku perceraian.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen