Suami, Jangan Bandingkan Hasil Air Tangan Isteri Dengan Ibu Anda, Mereka 2 Orang Yang Berbeza.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap bakal suami atau sudah menjadi suami pasti ingin seorang isteri yang mahir dalam serba serbi masakan. Orang kata kalau nak jaga hati suami mestilah bermula dengan perutnya. Sebab itulah suami-suami mahukan isterti yang pandai memasak dan kalau boleh setiap masakan yang terhasil oleh tangan isteri itu sama seperti masakan ibunya.

Tanpa suami sedar bahawa pemintaan dirinya itu kadang kala melampau batas. Mana tidaknya, setiap air tangan ini pasti akan berlainan, begitu juga air tangan emak dan juga isteri kita. Jadi sudah tentulah rasa masakan yang terhidang itu tidak akan sama walaupun mempunyai nama yang sama.

Sebagai seorang suami, kita seharusnya bersyukur bahawa isteri kita ini mahu memasak untuk kita, bukan itu sahaja, mereka ini juga mahu belajar memasak seperti ibu kita. Walaupun rasanya tidak sama, tetapi hargailah sedikit usaha mereka itu.

Cuba baca sedikit pandangan dari saudara Firdaus Shakirin ini, mana tahu ia membuat kita lebih menghargai setiap usaha isteri selepas ini.



“Masakan isteri takkan sama macam masakan ibu sendiri”

Sebenarnya, tiada keperluan pun untuk membanding-bandingkan masakan isteri dan masakan ibu sendiri… Mereka ialah 2 orang yang berbeza. Cara masakan juga berbeza…

Kenapa ibu kita masak sedap?

Sebab mulut kita dari kecik memang dah terbiasa dengan masakan dia.. Bagi kita, macam ni rasa ayam masak merah, macam ni rasa daging masak kicap, macam ni rasa asam pedas, gulai, masak lemak dan rasa tu dah sebati dengan kita dari kita kecil sehingga kia dewasa…

Bila ada isteri, dan bila dia masak untuk kita, kita akan rasa lain…"kenapa tak sama macam mak kita masak?, kenapa rasa lain?” Version isteri dan version mak kita lain… Penggunaan bahan juga mungkin lain, namun jika menggunakan bahan yang sama sekalipun, rasanya tetap berbeza kerana cara bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam kuali juga mungkin lain aturannya…



Tak perlu menzahirkan secara depan-depan yang masakan mak sendiri lebih sedap dari masakan isteri… Itu akan membuatkan si isteri terasa sekaligus melemahkan semangatnya untuk menjaga perut suaminya…

Kalau ada kekurangan dalam masakannya, tegur elok-elok, mintak dia perbaiki… Kalau nak makan selain dari kebiasaan, cakap, mintak, suarakan… Jangan terus marah-marah isteri, “asyik-asyik lauk yang sama je” “ini je ke yang awk tahu masak?” Please don’t. Tak salah pun kalau suami bagi menu/jenis lauk or masakan, apa yang dia nak makan, ini lebih memudahkan isteri. Kalau dia tak tahu buat, dia google, buka mana-mana tutorial, belajar dan cuba buat bagi memenuhi permintaan kita sebagai suami…

Isteri ni, dari pagi dah mula fikir, apa nak masak untuk kita makan… Bila dah masak, kita tak makan, agak-agak apa la yang dia rasa? Kecewa…dia masak dengan kasih syang, dia bagi segala-galanya dalam penyediaan masakan itu dan akhirnya suaminya membanding-bandingkankan masakan dia dengan orang lain…

Sedih kalau kena macam tu…

Suami-suami beruntung dapat isteri rajin ke dapur dan ingin memasak untuk anda, jimat sedikit wang poket itu. Kalau yang selalu makan luar, mahu menangis anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen