Cemburu Lihat Rakan Gaji Sedikit Tapi Boleh Simpan Dengan Banyak? Ketahui 3 Sebab Melalui Perkongsian Ini.

Bukan sahaja cemburu melihat rakan yang kaya dengan duit dan harta.

Malah cemburu melihat rakan yang hidupnya tenang dan bahagia walaupun gaji tidak besar.

Jangan terlalu menumpukan pada kehidupan orang lain sehingga terabai kehidupan sendiri. Jangan abai kain diri sendiri sehingga mahu jaga tepi kain orang lain sahaja.

Ada sebab kenapa rakan anda bergaji kecil, tapi mampu hidup bahagia bersama keluarga seperti perkongsian dari saudara Harith Faisal ini…

********

Ramai betul anak muda yang saya jumpa gaji dia bawah RM3,000 tapi boleh simpan RM1,000 sebulan. Yang gaji bawah RM2,000 pun ada yang boleh buat juga. Biasanya ada 3 sebab dia boleh buat macam tu.

1. Duduk dengan famili.

Memang best sangat kalau famili pun duduk kat Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar. Peluang pekerjaan mesti banyak. Jadi, tak perlu berhijrah ke tempat lain. Boleh duduk rumah famili.

Dah duduk dengan family tu kau faham fahamlah tahap boleh jimat tu macam mana kan. Kos sewa rumah dah boleh tolak. Selalu pulak tu makanan tersedia kat rumah. Tapi, hulur-hulurlah sikit duit dapur tu.


2. Famili kaya.

Itu dah rezeki dia. Bukan dia yang minta dilahirkan dalam famili kaya. Boleh jeles tapi jangan sampai pertikaikan takdir. Kalau kau nak tau, bukan semua anak orang kaya tahu simpan duit gaji.

Dan bukan semua anak orang susah tak boleh simpan duit. Semua orang ada impian untuk ubah hidup diri dan famili. Bila kita ada matlamat yang jelas, memang panjang akal nak cari jalannya. On tak on je.

3. Ada side income.

Mana cukup buat satu kerja saja zaman ni. Kerajaan baru, belum tentu harga barang pun baru. Jadi, kau kena jugalah buat side income. Cumanya kau kena rajin dan korbankan sikit masa rehat kau tu.

  • Bisnes. Kau boleh buat bisnes secara online. Sekarang ni tak pelik kalau setakat nak dapat side income RM1,000 daripada bisnes online ni. Kalau kau jenis tradisional, mungkin juga malam hari kau bukalah gerai jual burger.
  • Komisyen. Nak yang boleh bantu kau untuk beli rumah, carilah side income berkomisyen. Cukup 6 bulan komisyen dah boleh bantu naikkan kelayakan kau di mata bank. Jadi ejen penapis air, ejen takaful, ejen unit trust.

Semua orang ada jalan hidup masing-masing. Kita tak tahu pun apa yang ada kat masa depan kita. Kalau kita dah usaha sehabis baik tapi masih tak berjaya, paling kurang kita puas hati.

Tapi kalau kau nak kaya tapi malas usaha, nak pandai berniaga tapi tak nak cari ilmu, nak beli rumah tapi tak reti simpan duit, memang tak jadilah jawabnya. Jom usaha ubah nasib diri dan famili kita. Gembirakan mereka.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen