Cinta Sejati Itu Anugerah Abadi, Duit Datang Dan Pergi.

Semalam, media sosial internet mempublishkan suatu artikel bertajuk “Tiada Makna Kalau Berduit Tapi Tak Bahagia”. Rata-rata yang komen menyatakan tidak bersetuju dengan pernyataan ini sehinggakan ada yang menyatakan dapat cinta sahaja tapi tiada duit, tak guna juga. ‘Duit’ sekiranya terlalu ditekankan sebagai faktor utama dalam mencari cinta, khuatir akan mengakibatkan kepupusan cinta yang dilabelkan sebagai ‘Cinta Sejati’.



Apa itu cinta sejati? Contoh ‘Cinta Sejati’ yang paling mudah ada dua:

Cinta Ibu Bapa Kepada Anak:
Seorang anak lahir tanpa wang dan harta serta tidak tahu apa-apa. Namun, kedua ibu bapa sangat sayangkan anak. Jika anak sakit, Ayah akan membawa anak ke Klinik. Ibu pula masakkan bubur untuk anak. Ibu bapa tidak berkira masa untuk menemani anak asalkan anak sihat.

Cinta Manusia Kepada Haiwan:
Seekor kucing yang dibela tidak mempunyai wang dan harta. Namun, kita tetap sayang pada kucing itu. Andai kucing itu sakit, kita akan risau dan tidak keberatan mengambil cuti untuk membawanya ke veterinar.

Begitu juga dengan pasangan. Pasangan yang berlandaskan ‘Cinta Sejati’ akan bertanggungjawab dan rasa selamat apabila bertemu antara satu sama lain. Mereka tidak sesekali akan meninggalkan, marah-marah, merendahkan, menyampah atau bermasam muka dengan pasangan mereka sekiranya pasangan mereka dilanda masalah kewangan. Pasangan ‘Cinta Sejati’ akan menghadapi, menyelesaikan, berbincang, memberi idea, menjaga, mengambil berat segala masalah yang berlaku dan akan berkongsi kegembiraan bersama-sama.



Bagaimana dengan duit?

Duit datang dan pergi. Lepas tu datang balik dan pergi lagi. Begitulah kitarannya. Duit hanyalah salah satu medium untuk meneruskan kehidupan kita. Duit mampu memberikan kita kebahagiaan dari segi materialistik dan keselesaan hidup. Kita boleh membeli apa sahaja barangan yang kita idamkan dan kita rasa gembira. Namun adakah semua barangan itu boleh memberi kebahagiaan dari segi perbuatan dan tingkah laku? Sebagai contoh seperti berbincang untuk membuat sesuatu, mendapatkan pendapat dan sokongan, ada yang mengambil berat, mendengar dan meluahkan keluhan, sebagai peneman ketika ketakutan, memberi dan menerima kasih sayang dan lain-lain.

Tidak dinafikan ada individu yang boleh dibeli dengan ‘duit’ untuk kita milikinya sebagai pasangan. Namun, sekiranya kita ditimpa masalah kewangan, adakah dia masih akan setia pada kita? Cintanya kepada kita berlandaskan ‘duit’ semata-mata. Kepada yang mengejar seseorang untuk dijadikan pasangan kerana duit yang dimiliki oleh pasangan pula, sedarlah, sewaktu anda ditimpa kesusahan, sudah pasti agak sukar untuk meminta pasangan meluangkan masanya untuk anda. Ini kerana hubungan yang terjalin bukan atas dasar kasih sayang.

Cinta Sejati tidak perlu dipupuk. Cinta Sejati itu datang dari hati secara semulajadi. Hargailah pasangan yang mencintai anda seadanya. Duit boleh dicari kerana sememangnya sifat duit itu datang dan pergi tetapi cinta sejati tetap bersemadi di hati walaupun pasangan telah tiada.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen