Nak Kenal Bakal Jodoh Anda Dari Golongan ‘Kaya’ Atau Golongan Biasa? Jom Lihat Melalui 5 Situasi Ini.

Untuk mengenali bakal jodoh, sudah pasti pelbagai aspek yang mahu kita ketahui. Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Daripada kisah yang gembira sehinggalah kisah peribadi. Termasuklah status kewangannya juga.

Kereta apa yang diguna?

Kerja apa yang disandang?

Berapa gajinya sebulan?

Berapa banyak hartanya?

Namun, jika tersilap langkah dalam memberi persoalan, takut digelar materialistik, pisau cukur, mata duitan dan sebagainya.

Malah ‘KAYA’ disini, bukannya kaya dari segi duit dan harta semata-mata, tetapi kehidupannya yang luar biasa.

Ada cara untuk memastikan bakal jodoh anda dari golongan kaya atau golongan biasa, cuba lihat perbezaan dari 5 situasi ini…

1. Melalui penampilan.

Golongan ‘Kaya’: Pakaiannya biasa-biasa dan sederhana sahaja, malah tidak over untuk menarik perhatian umum semata-mata. Anda juga boleh melihat, ada sahaja baju yang sama setiap minggu, atau hanya rotate sahaja. Asalkan selesa dan tidak berbau. Jarang nak lihat si dia memakai pakaian berjenama, dan baru setiap minggu.

Golongan Biasa: Pakaiannya sentiasa tip top! Bukan sahaja setiap minggu baju baru, setiap bulan pasti membeli belah untuk membeli pakaian berjenama dan baru supaya dilihat senang oleh umum. Baru pakai sebulan dah buang.

2. Melalui perbelanjaan.

Golongan ‘Kaya’: Akan mempunyai bajet kewangan seperti:

  • 50% Keperluan. (Komitmen)
  • 10% Kehendak. (Hiburan)
  • 40% Pelaburan. (Simpanan dan Dana Kecemasan)

Golongan Biasa: Akan mempunyai bajet kewangan seperti:

  • 40% Keperluan. (Komitmen)
  • 55% Kehendak. (Hiburan)
  • 5% Pelaburan. (Simpanan dan Dana Kecemasan)

3. Melalui rakan-rakan.

Golongan ‘Kaya’: Lihat sahaja rakan-rakannya daripada pelbagai golongan dan usia. Network-nya luas, dan mempunyai pelbagai hobi tersendiri. Walaupun ada pasangan kelihatan introvert, mereka bijak mencari rakan yang bermotivasi dan positif. Malah rakannya sentiasa memberi idea-idea baru untuk menjana pendapatan mahupun melabur.

Golongan Biasa: Apabila pasangan anda mahu melakukan sesuatu yang baru, pasti tidak disokong oleh rakan-rakannya. Jika diminta pendapat, mereka tidak mampu untuk memberi idea-idea yang bernas kerana fikirannya yang ‘Miskin’. Perbualan yang penuh dengan gossip, kata-kata umpatan, kata-kata negatif dan penuh dengan hasad dengki sahaja.

4. Melalui motivasi atau semangatnya.

Golongan ‘Kaya’: Semua perkara yang dilihatnya adalah peluang baginya untuk membina kejayaan, malah membina kehidupan baru. Tidak berputus asa menjana pendapatan walaupun pada hujung minggu.

Golongan Biasa: Terlalu redha dan selesa dengan kehidupan sekarang. Tidak adventure. Sentiasa ada halangan dan mencipta alasan untuk membina kejayaan. Malah, asal hujung minggu sahaja adalah masa untuk berhibur dan release tension.

5. Melalui sosial medianya.

Golongan ‘Kaya’: Semua yang dilakukan adalah peribadi, tidak kira kehidupan mewah ataupun biasa. Si dia terlalu sibuk dengan telefon bimbit untuk mengetahui hal semasa, hal ekonomi, hal hartanah, hal pelaburan dan hal-hal positif sahaja, sehingga tidak sempat nak menunjuk-nunjuk pula.

Golongan Biasa: Hidupnya sentiasa dengan telefon bimbit bukan untuk menimba ilmu, tetapi mempamerkan kehidupan yang kononnya mewah pada umum. Menunjuk-nunjuk barang yang baru dibeli, makan di restoran yang mewah, pergi ke hotel mewah, pergi Umrah atau Haji dan sebagainya.

Memang tidak lekang dari telefon bimbit, dan sentiasa ada update sahaja.

Bakal Jodoh Anda Yang Mana? Ataupun Anda Sendiri Dari Golongan ‘Kaya Atau Golongan Biasa?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen