Lelaki Bergaji RM5000 Ke Atas Lebih Diminati Wanita Untuk Dijadikan Pasangan Hidup.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita sering kali dikaitkan dengan mata duitan, kerana hanya memikirkan kewangan semata-mata apabila ingin memilih pasangan hidup. Bahkan, wanita kalau boleh mahukan lelaki yang bergaji lebih banyak berbanding dirinya, tapi mengapa ya?

Kaji selidik yang dijalanakn menunjukkan hampir 70% wanita tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang bergaji RM5,000 ke bawah. Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Sweet Ring dengan 500 responden wanita terlibat. Walaupun hanya 500 orang sahaja, tetapi cukup menjelaskan situasi yang berlaku ketika ini.

Bukan kerana mata duitan atau terlalu memandang kebendaan, tetapi terdapat beberapa sebab mengapa mereka ini memilih lelaki bergaji RM5000 ke atas sebagai pasangan hidup. Mari ketahuinya.



1. Kehidupan yang stabil.

Dengan kos sara hidup yang meningkat malah membimbang sesiapa sahaja, sudah tentu seorang isteri mahukan satu jaminan kehidupan yang stabil. Dengan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat, gaji yang stabil sangat penting untuk memastikan dapur sentiasa berasap.

2. Punca penceraian berpunca dengan kewangan.

Rata-rata daripada kita mengetahui bahawa antara sebab berlakunya penceraian adalah berpunca dari segi masalah kewangan yang sukar untuk di atasi. Ini kerana, apabila sebuah keluarga mempunyai masalah kewangan yang teruk, dan isteri tidak mempunyai gaji yang tinggi menyukarkan kewangan keluarga untuk pulih. Sebab itu ramai wanita yang sangat mementingkan kestabilan kewangan sebelum berani berumah tangga.

3. Hidup anak-anak akan lebih terjamin.

Bukan hanya mementingkan diri sendiri sahaja, kebanyakan wanita mahu anak-anak mereka mempunyai hidup yang lebih baik. Ini kerana, mereka mahukan Pendidikan yang terbaik buat anak-anak serta satu kehidupan yang selesa. Mana ada ibu yang mahu melihat anak mereka hidup dalam kesusahan. Oleh itu, dengan gaji yang stabil, kehidupan anak-anak juga lebih terjamin.

4. Tiada masalah untuk lakukan simpana atau pelindungan.

Biasanya, jika si suami mempunyai kewangan yang stabil, ia akan memudahkan dirinya untuk melakukan pelaburan, mengambil pelindungan takaful serta mempunyai simpanan disaat kecemasan. Itu semua sememangnya akan membuat kehidupan seorang wanita lebih terjamin.

5. Ingin fokus kepada keluarga.

Telah menjadi impian setiap wanita di mana mereka ini mahu menjaga dan membesarkan anak-anak mereka sendiri. Dan kalau boleh mereka tidak mahu ketinggalan dalam setiap tumbesaran anak mereka. Jika suami mempunyai pendapatan yang mencukupi, isteri boleh menjaga anak di rumah serta menguruskan hal rumah.

Namun begitu, kewangan bukanlah segala-galanya. Ada sahaja suami yang bergaji kurang dari RM5000 mampu membahagiakan pasangan mereka. Akan tetapi itu semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen