Kenapa Pentingnya Vitamin C Pada Tubuh Badan Kita? Jom Baca.

Sebut sahaja tentang vitamin c, pasti terdapat pelbagai gambaran dan fikiran di minda kita. Ada juga sebahagian daripada kita terlalu taksub dengan vitamin c untuk mengambil dos setiap hari walaupun tidak tahu fungsinya yang sebenar. Namun, secara asasnya ramai yang ketahui pegambilan vitamin c hanya untuk dapatkan kulit yang cantik sahaja.

Secara saintifiknya, vitamin c adalah sejenis vitamin yang larut air dimana ia tidak disimpan dengan jumlah yang besar dalam tubuh badan kita, kerana akan dikumuh melalui air kencing. Semakin berkurangan kandungan vitamin tersebut, individu perlu dapatkan vitamin ini melalui makanan, atau suplemen.

FUNGSI SEBENAR VITAMIN C.

  • Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Image result for vitamin c

  • Ia dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).
  • Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

VITAMIN C BERKESAN UNTUK…

1. Selesema.

Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.

2. Kanser.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.

3. Masalah penglihatan golongan tua

(Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

Image result for vitamin c

KEPENTINGAN LAIN VITAMIN C.

  • Mengurangkan keberkesanan ubat untuk rawatan kanser, HIV / AIDS dan ubat bagi menurunkan paras kolesterol.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi. Bagi pesakit yang memerlukan suplemen kesihatan zat besi (contohnya: wanita hamil), ia adalah disyorkan bahawa suplemen kesihatan zat besi diambil bersama-sama dengan vitamin C.

INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL VITAMIN C.

  • Yang mempunyai masalah batu karang yang berulang.
  • Menghidap penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik.
  • Menghidap penyakit darah (kekurangan G6PDH dan hemochromatosis).

Oleh yang demikian, individu perlu dapatkan nasihat dan khidmat daripada doktor sebelum ingin mengambil vitamin c, setelah dirawat hanya doktor sahaja yang boleh sarankan pengambilan vitamin c tersebut, sama ada dengan suplemen atau makanan sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen