Bukan Sahaja Untuk Orang Dewasa, Anak-Anak Juga Tidak Digalakkan Minum Susu Kultur Setiap Hari.

Minuman probiotik atau dikenali sebagai minuman susu kultur terdapat banyak dipasaran. Ia mampu menarik perhatian ramai golongan anak-anak kecil melalui strategi pemasarannya, bahkan golongan dewasa juga tertarik untuk konsumnya setiap hari.

Antara manfaat yang telah diketahui ramai adalah ia baik untuk kesihatan usus. Lebih mudah lawas, dan tidak mudah diserang cirit-birit kerana kandungan Bakteria jenis Lactobacillus rhamnosus GG dan Lactobacilus casei DN-114 001, dimana ia memendekkan tempoh cirit-birit.

Malah ia juga untuk mempertingkatkan sistem pertahanan tubuh.

Disamping mempunyai banyak manfaat, para ibu bapa perlu mengurangkan pengambilan minuman ini dengan sekerapnya pada anak-anak kerana kandungan gula yang tinggi, dan juga…

1. Setiap spesies bakteria mempunyai keupayaan dan manfaat yang berbeza-beza.

Tubuh badan manusia semuanya berbeza-beza, dan ia akan menunjukkan kesan yang berbeza juga melalui spesies bakteria yang terkandung dalam susu kultur ini. Kerana menurut kajian, spesies bakteria yang baik terkandung dalam pelbagai jenis sayuran, akan tetapi tiada pula dakwaan spesifik berkenaan dengan hal tersebut.

Jadi, situasi ini sama dengan susu kultur dimana ramai orang dinasihatkan jangan memberi info palsu terutamanya pembekal-pembekal produk minuman probiotik sehingga melalui proses kajian.

2. Probiotik perlu diambil dalam kuantiti yang cukup untuk memberi kesan yang mujarab.

Sebagai contoh, suplemen probiotik mestilah diambil mengikut dos yang disarankan. Makanan yang mengandungi probiotik pula haruslah diambil mentah kerana memasak menggunakan haba boleh membunuh bakteria probiotik.

Untuk mendapat manfaat berpanjangan daripada probiotik, ia perlu diambil secara berterusan kerana biasanya jumlah probiotik dalam usus akan berkurangan apabila pengambilannya dihentikan.

3. Keselamatan.

Walaupun kajian mendapati secara umumnya probiotik selamat dimakan, pengambilan probiotik mungkin tidak sesuai untuk beberapa jenis penyakit atau keadaan yang melibatkan sistem pertahanan badan yang lemah.

Secara umumnya, golongan yang paling berisiko mendapat apa-apa jenis jangkitan ialah pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS, pesakit yang baru menjalani pemindahan sumsum tulang, dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka panjang. Golongan ini perlu lebih waspada dengan pengambilan probiotik.

Setakat ini, beberapa insiden telah direkodkan dari seluruh dunia berkaitan jangkitan kuman probiotik dalam darah pesakit kanser yang mengambil suplemen probiotik. Kebanyakan kes melibatkan pesakit kanser darah dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua.

Oleh itu, pakar-pakar hematologi seluruh dunia sepakat menasihatkan agar pesakit-pesakit kanser yang mengalami neutropenia (kekurangan sel darah putih neutrofil) tidak mengambil apa-apa produk yang mengandungi probiotik.

Ini kerana neutrofil ialah barisan pertama pertahanan badan terhadap jangkitan. Lazimnya pesakit yang baru menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi atau pemindahan sumsum tulang akan mengalami penyusutan jumlah neutrofil yang agak ketara.

Sebagai kesimpulan, probiotik ialah bakteria yang secara umumnya selamat dimakan dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi untuk memberi manfaat kepada kesihatan. Namun begitu, beberapa keadaan tertentu menjadikan ia berbahaya dan kurang sesuai untuk dimakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen