Penting! 7 Petua Untuk Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas.

Cuaca pada saat ini, panas berjerebu sehingga membuat ramai individu tidak senang duduk. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), MESTECC turut melaporkan berlaku kemerosotan kualiti udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan pada 20 Mac 2019 berpunca daripada beberapa kejadian kebakaran hutan dan belukar.

Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

Oleh itu, penting untuk kita mengekalkan kesihatan badan dengan 7 petua ini…

1. Jangan lupa memakai topi/payung/mask.

Related image

Keadaan udara yang panas berjerebu akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan.

2. Banyakkan minum air kosong.

Related image

Jangan malas untuk minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi dalam tubuh badan. Minum air kosong walaupun tidak haus.

3. Pakai pakaian yang ringan dan longgar.

Jangan memakai pakaian yang gelap dimana mampu menyerap haba, pakailah pakaian yang longgar dan ringan sahaja. Bagi golongan wanita, elakkan memakai 2 pieces iaitu inner dengan baju luar, cari pakaian 1 piece sahaja.

4. Gunakan penghawa dingin.

Related image

Keadaan yang panas ini akan menyebabkan strok haba, jadi gunakan penghawa dingin dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

5. Jangan duduk dalam kereta ketika tiada penghawa dingin.

Image result for tidur dalam kereta

Jangan biasakan diri juga untuk duduk dalam kereta dalam keadaan yang lama tanpa penghawa dingin. Haba yang terperap dalam kereta amat membahayakan kesihatan. Hati-hati!

6. Lebihkan masa berada di dalam kawasan rumah.

Anda juga amat digalakkan untuk sentiasa melakukan aktiviti indoor jika mahu bersukan seperti ke gym.

Related image

7. Kurangkan minuman yang berkafein dan bergula.

Malah, kurangkan pengambilan kafein dan gula yang tinggi dalam minuman kerana akan membuat anda lebih dehidrasi.

Image result for minuman berkafein

Kesan yang anda akan alami sekiranya terdedah dengan cuaca panas ini terlalu lama adalah:

  • Sakit mata.
  • Selesema.
  • Batuk.
  • Asma.
  • Sakit tekak.
  • Sakit jantung.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik.

Jika ini yang berlaku pada anda, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor. Semoga bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen