“Suami Perlu Ada Niat Untuk Berkongsi Rezeki Dengan Isteri Dan Anak-Anak Adalah Cara Untuk Menjemput Rezeki..”

Dalam untuk menjemput rezeki, sebagai muslim pasti banyak kaedah untuk dilakukan. Namun, sejauh mana diri kita mampu untuk beristiqomah mencari rezeki yang berkat, malahan mensyukuri nikmat pemberian-Nya walaupun kecil dan tidak sebesar mana pun.

Ketika ingin mensyukuri nikmat disamping dilimpahi rezeki yang berkat, setiap amanah dari Allah SWT perlu juga kita menjaga seperti ahli keluarga, pasangan (suami/isteri), orang sekeliling termasuk insan yang tidak berkemampuan. Sepanjang peringkat umur, perlu berusaha mencari rezeki walaupun setelah berkahwin terutamanya pada seorang lelaki yang akan bergelar suami.

Ikuti cara untuk menjemput rezeki ini dari perkongsian saudara Hafizul Hakim

********

5 Cara Untuk Menjemput Rezeki.

1. Bersedekah.

Tak perlu tunggu jana pendapatan RM1 juta baru nak bersedekah. Niat infakkan sedekah mingguan di tabung masjid setiap hari Jumaat.

Takkan usahawan bagi RM1 je kan. Untuk awal-awal latih diri bagi RM5 tiap minggu. Nanti rezeki bertambah upgrade lagi jadi RM10 dan seterusnya.

2. Niat bayar zakat.

Ramai orang lupa soal zakat. Ianya wajib dan tak banyak, 2.5% je. Nanti pergi baitulmal kira.

Orang alim beritahu, zakat fungsinya mensucikan harta. Ibarat insuran dari Allah SWT untuk diri kita.

Jangan sekali-kali menyamakan zakat dengan cukai. Ingat, miskin ujian. Kaya jugak ujian tau!

3. Niat tolong ibu bapa.

Semestinya sebagai anak, dorongan paling kuat untuk kita terus kental sanggup bersengkang mata, kerja lebih dari 8 jam sehari dan sanggup hadapi pelbagai cabaran disebabkan ibu bapa.

Kongsi rezeki kita peroleh dengan mereka. Ada pelbagai cara misalnya bagi nafkah bulanan, belikan keperluan rumah, temani mereka buat ibadah umrah dan sebagainya.

4. Niat kongsi rezeki dengan isteri dan anak-anak.

Mereka adalah sumber inspirasi paling jitu. Kebanyakan BIG WHY setiap usahawan adalah disebabkan isteri atau anak-anak.

Justeru, lebihkan anak isteri baru kawan-kawan. Ye, zahir memang korang nak luaskan network tapi ingatlah hakikatnya ‘decision maker’ tetap Allah SWT.

5. Niat bantu ramai orang .

Apabila dah maju sedikit bantu orang lain juga. Gunakan pengaruh atau kemampuan yang ada untuk pastikan orang keliling juga dapat manfaat.

Ingat formula fadilat sedekah iaitu bagi satu, Tuhan balas balik 10 kali ganda. Sebelum tidur jangan lupa sebut Alhamdulillah, tanda zahirkan kesyukuran kita atas nikmat rezeki Allah berikan.

Didik diri untuk belajar terima seadanya. Kalau yang sedikit kita tak reti bersyukur, apatah lagi yang banyak. Begitulah.

Indahnya rezeki yang halal lagi berkat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen