Buat Ibu-Ibu, Mari Amalkan Doa Ini Buat Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap doa ibu bapa pasti tidak akan penah tertinggal nama-nama anak mereka ini. Bahkan setiap doa itu pasti ke arah kebaikan untuk anak-anak. Tidak pernah ada ibu bapa yang mahu perkara tidak baik berlaku kepada anak-anak mereka. Malah ibu bapa juga sentiasa ingin memastikan doa buat anak-anaknya itu akan termakbul seperti yang diinginkan.

Maka dengan itu, cara dan doa yang betul sudah pasti amat perlu dilakukan dan diamalkan agar setiap yang dihajati itu menjadi kenyataan.



Perkongsian dari kuliah Ustazah Asma' Harun.

ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin.

ALLAH Yang Maha Menjaga, ALLAH Yang Maha Mengawasi.

Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara dan jagalah anakku. Ya ALLAH aku serahkan anakku dalam jagaan dan peliharaan-MU.

Kalau anak nak terpengaruh dengan benda tak elok di sekolah, di universiti atau tempat kerja dia, ALLAH akan jaga dia. ALLAH akan lindungi dia dari pengaruh yang tak elok.

Anak kita pergi sekolah, balik selamat.
Siapa yang jaga?

Anak kita di rumah kita tak mampu nak jaga. Daripada kecil sampai besar bukan kita yang jaga anak-anak kita. Wahai para ibu ayah tolong faham perkara ini.

Kadang kita sebut mak jaga engkau daripada kecik sampai besar.
Sebenarnya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin yang jaga anak kita.

Mak yang bagi makan, susah payah mak ayah bekerja bagi kau makan apa semua. Sebenarnya ALLAH Ya Razzaq yang bagi rezeki pada anak tu. Kita adalah perantaraan saja.

Mak yang bagi kau kasih sayang sampai tak tidur malam.
ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang beri kasih sayang kepada anak tapi kita perantaraan ALLAH.

Mak yang besarkan kau.
ALLAH Ya Kabir Ya Mutakabbir ALLAH Yang Besar dan Maha Membesarkan, bukan kita.

Tolong jangan sandarkan kepada kita akhirnya kita bimbang kita buat semua kerana anak bukan kerana ALLAH.

Firman ALLAH dalam Quran ALLAH sebut gambaran penghuni di Padang Mahsyar ALLAH akan melemparkan amalan masing-masing ke muka masing-masing, lalu ALLAH berkata,

"Pergilah kamu kepada mereka yang kamu berbuat untuk mereka ketika di dunia dahulu adakah mereka boleh beri kamu pahala?"

Na'uzubillah kalau hidup kita rupanya kita buat untuk anak. Bila anak tak menghargai, kita kecewa. Bila anak esok tak jaga kita, kita kecewa kita akan ungkit. Bila anak tak bagi duit kita kecewa kita ungkit apa yang kita buat. Na'uzubillah. Susah payah kita mengandung, melahirkan anak sampai nak habis nyawa rupanya kita hanya mengharapkan penghargaan anak. Na'uzubillah. Esok susah payah kita itu akan dicampakkan semua. Masya-ALLAH.

Cuba hafal Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4.

Sebelum pergi sekolah dan sebelum tidur,

Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut :

1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.

Kemudian baca:

2. Ar-Rahman ayat 1-4.


اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
- Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.


عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
- Yang mengajarkan Al-Quran.


خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
- Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan.


عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
- Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu.


Itu sebut bayan. Kalau anak kita dapat ilmu saja tak cukup, tapi kalau dapat Al-Bayan, bila dapat ilmu dia faham dan dia ada kekuatan untuk beramal.

Pagi-pagi dan sebelum tidur dapat baca yang tu pun Subhanallah. Kita serahkan jagaan kepada ALLAH.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen