Antara Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tersangat beruntunglah buat ibu-ibu yang mampu menyusukan anak-anak mereka sehingga cukup umur seperti yang disarankan oleh pakar-pakar perubatan. Mana tidaknya, khasiat susu ibu ini sememangnya tiada tolok bandingnya. Walaupun ia dibandingkan dengan susu formula yang terbaik sekali di dunia ini.



Antara perkara yang paling nikmat sekali ketika menjadi seorang ibu ialah dapat menyusu si anak.

Namun tidak semua dapat melakukan di atas pelbagai sebab tertentu sebagai contoh mengalami masalah kesihatan, payudara bengkak dan ada juga para ibu yang tidak mempunyai susu badan. Tanpa sokongan pasangan dan keluarga ada ibu boleh jadi kemurungan kerana emosi menyampai mereka seperti ibu yang ‘tidak berguna’ atau ‘tidak sempurna’.



Jangan begitu kerana kemampuan melahirkan seorang bayi tidak kiralah secara normal atau pembedahan cesarean adalah menyempurnakan hidup kamu sebagai seorang ibu. Memilih untuk memberi susu badan atau formula adalah hak keputusan ibu bapa bergantung juga pada situasi dan keperluan si anak.

Susu yang kita tahu adalah makanan pertama bayi yang memberi segala keperluan nutrisi pada bayi untuk membesar. Berikut adalah kebaikan susu ibu yang tiada dalam susu formula.



1. Susu formula tiada antibodi

Antara kebaikan pada susu ibu ialah kandungan antibodi yang meningkatkan imunisasi bayi. Tidak semua susu formula mampu mencegah jangkitan seperti susu badan.

2. Anak lebih cepat pandai makan

Hasil merasa makanan yang dimakan oleh ibu dari susu yang dihisap menjadikan susu ibu lebih enak. Malah ada yang percaya bayi yang hisap susu badan lebih senang untuk mengambil makanan pepejal.



3. Senang dihadam

Berbanding susu formula, susu ibu lebih mudah dihadam oleh bayi jadi memang jarang berlaku masalah sembelit atau cirit birit. Susu formula kemungkinan lebih berat dan perlu mengikut kadar campuran yang tertentu mengikut kesesuaian bayi. Tidak seperti susu ibu memang ternyata kepekatan dan kadarnya sudah sesuai dengan bayi anda.

4. Melindungi kesihatan masa depan

Bayi yang menerima susu ibu sepenuhnya jauh risiko dari sebarang masalah obesiti, diabetes dan mempunyai penglihatan dan susunan gigi yang terbaik. Fatty acid yang terdapat dalam susu ibu ialah hasil semulajadi bukan dari minyak ikan yang digunakan adunan susu formula.

Pada para ibu yang boleh menyusukan anda seharusnya bersyukur kerana bukan sahaja diberi nikmat menyusu tetapi juga memberi nutrisi lengkap tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Apa-apa pun dapatkan nasihat, belajar dari yang pakar untuk kesihatan yang terbaik buat si anak. Bila jadi mak-mak ni dah tak boleh selfish.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen