Kita Bukannya Tuhan Yang Boleh Menuduh Seseorang Itu Lambat Bertemu Jodoh Hanya Kerana Sikap Buruknya.

Sebagai manusia biasa, hentikan pelbagai cemuhan demi cemuhan kepada insan yang lambat bertemu jodoh. Hentikan pelbagai tuduhan yang mampu membuat si empunyai diri terkilan hati, walaupun reaksi wajahnya tidak menunjukkan kesedihan.

Kita bukan siapa-siapa mahu melemparkan tuduhan dan cemuhan, dan bukan kita juga yang menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau pun neraka. Jangan terlalu taksub dengan pendirian dan andaian sendiri apabila seseorang itu lambat bertemu jodoh seperti..

  • Tak cantik sebab tu susah nak bertemu jodoh.
  • Tak pandai jaga penampilan, sebab tu susah nak jumpa jodoh.
  • Tak pandai bersosial, sebab itu lambat bertemu jodoh.
  • Dan yang paling penting, asyik sakitkan hati orang sebab itu susah sangat jodoh nak melekat, asyik putus hubungan sahaja.

Elakkan diri daripada membuat andaian atau spekulasi sendiri kerana kita bukan Tuhan. Jangan menilai dan mengadili seseorang hanya melalui luaran.

Jodoh itu rahsia Allah.

Sebagaimana juga dengan rezeki Allah juga.

Tidak kira siapa diri kita sama ada sudah berumah tangga, sudah memiliki kerjaya, mempunyai pendapatan yang tinggi, bukan tugas kita untuk menilik masa hadapan si empunyai diri yang masih belum bertemu dengan jodoh.

Kita hanya memandang luaran dan mengatakan sikap buruknya yang menjadi asbab utama sukar bertemu jodoh, padahal ada sahaja kebaikan yang dilakukan tetapi dibutakan mata.

Padahal juga, ada sahaja sebahagian daripada kita tidak la buruk sikapnya, baik pula budi pekertinya, manis wajahnya untuk dipandang, namun jodohnya juga tidak kesampaian? Kenapa? Apakah salah si empunyai diri ini pula untuk kita melemparkan tuduhan dan cemuhan?

Sekali lagi, jodoh itu rahsia Allah. Kita bukan Tuhan untuk tentukan kebahagiaan seseorang. Kita bukan Tuhan untuk menentukan jodohnya bila berkunjung tiba.

Terlalu asyik dan leka untuk melihat jodoh seseorang, ibaratkan untuk menunggu setiap kesalahan yang dilakukan oleh insan tersebut. Malah, sehingga terlupa bahawa diri sendiri juga terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Terlalu jaga tepi kain orang lain, kain sendiri terkoyak tidak pula disedari.

Antara sebab atau hikmah seseorang itu lambat bertemu jodoh, bukanlah sikap buruknya semata-mata akan tetapi…

  1. Untuk berjasa dengan kedua ibu bapanya dengan lebih lama.
  2. Terdapat banyak adik-beradik untuk ditanggung tanpa kita ketahui.
  3. Ada urusan rahsia daripada Allah yang masih belum ditunaikan lagi.
  4. Masih muda, bertubuh sihat dan bertenaga untuk melakukan urusan lain dahulu.

Semuanya ada hikmah.

Jangan bersangka buruk dengan seseorang, tetapi sentiasa doakan kesejahteraan mereka.

Apabila diri sendiri gembira dan bahagia dengan kehidupan sendiri, secara tidak langsung akan mendorong diri memberi kebahagiaan kepada orang lain juga. Bukannya mengandaikan sesuatu yang buruk sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen