Lelaki Perlu Tahu 4 Maksud Tersirat Dalam Akad Nikah.

“Aku terima nikahnya…. dengan mas kahwin….”

Maka dengan bersaksikan wali dan cukup syarat, sah lah akad nikah tersebut. Namun, adakah ia sekadar ungkapan tanpa mempunyai maksud yang tersirat. Apakah tujuan perkahwinan yang sebenar pada seorang lelaki yang mahu menjadi suami yang baik? Adakah tahu maksud MENJADI SUAMI YANG BAIK?

Salah satu punca perkahwinan yang dibina oleh pasangan suami isteri tidak mendapat barakah daripada Ilahi pada masa kini adalah lelaki yang gagal mengetahui maksud tersirat daripada ungkapan akad nikah tersebut.

Jangan sekadar melafaz sahaja…

Sebenarnya apabila seorang lelaki sudah melafazkan ungkapan akad nikah itu, secara tidak langsung dia cuba berjanji untuk…

1. Janji kepada Allah untuk tunaikan hak dan bimbing isteri ke jalan Allah.

Oleh kerana pasangan/isteri ini adalah amanah daripada Allah SWT, sudah tentu lelaki tersebut telah berjanji untuk menjaga isterinya dengan sebaik mungkin. Jangan main-main dengan amanah dari Allah ini. Apabila sudah bergelar suami, secara automatik telah menjadi ketua keluarga untuk menunaikan hak dan bimbing isteri ke jalan Allah.

2. Janji kepada ibu bapa mertua untuk jaga anak gadis mereka dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

Jangan kecewakan ibu bapa mertua anda dengan bersikap dingin terhadap anaknya. Jangan tunjuk kemarahan anda yang meluap-luap apabila berdepan dengan ibu bapa mertua anda. Kecewa dan remuk hati mereka apabila telah diberi anak perempuan kesayangan mereka pada lelaki yang dipercayai dan dicintai oleh anaknya.

Anda perlu tahu berkemungkinan bermati-matian anak perempuan tersebut mahu hidup bersama dengan anda, kerana sudah cinta.

3. Janji terhadap isteri tercinta untuk tidak menyakiti malah akan selalu membahagiakan dirinya.

Kenapa sebelum berkahwin mampu melayan seperti Menatang Minyak Yang Penuh, tetapi selepas berkahwin dingin sahaja?

Jangan terlalu ikutkan nafsu dan ego semata-mata untuk menunjukkan anda suami yang berkuasa. Jangan salah gunakan kuasa. Jadilah ketua keluarga yang berwibawa.

4. Janji kepada diri sendiri untuk jadi suami, imam yang terbaik kepada isteri dan keluarganya.

Apakah peranan utama anda tatkala menjadi seorang suami?

  • Persiapkan diri dengan ilmu agama, dan bawakan ilmu tersebut dalam perkahwinan anda sebagai ketua keluarga.
  • Jadikan rumah anda sebagai Rumahku Syurgaku.
  • Sentiasa membuat Ta’lim di dalam rumah dengan berkongsi hadith, kisah-kisah pada zaman Nabi, sunnah Rasulullah SAW dan seumpama dengannya.
  • Sentiasa menjadi imam untuk melaksanakan solat Jemaah.

Memang benar menjadi seorang suami adalah tanggung jawab besar dan berat, namun siapalah yang dapat membantu kalau bukan isteri sendiri. Suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain untuk membina mahligai ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen