5 Tanda Isteri Makan Hati Dengan Suami, Hati-Hati Ye.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika inginkan sebuah rumah tangga itu sentiasa harmoni, bahagia dan sejahtera sentiasa, suami isteri perlu belajar untuk menjaga hati pasangan. Tidak kiralah walaupun kadang kala ia akan melukakan hati sendiri. Namun jika ia untuk kebaikan hubungan mungkin itu sahaja cara yang terbaik.

Ramai di kalangan kita kadang kala tidak sedar akan sikap dan kelakuan itu akan menyakiti hati isteri. Mungkin melalui cara gurauan mungkin melalui cara percakapan, semuanya dilakukan tanpa disedari. Apabila seorang suami mula mengabaikan perasaan isteri, lama ke lamaan hati isteri akan mula berubah, bahkan boleh sahaja menjadi tawar hati.



Nak-nak lagi, pada ketika ini ramai isteri-isteri yang mempunyai kerjaya yang tersendiri, malah mereka ini lebih berdikari menyebabkan mereka ini tidak takut untuk melalui hidup tanpa pasangan di sisi.

Jika sayangkan hubungan kalian, suami perlu fahami 5 tanda-tanda isteri anda makan hati dengan sikap anda.

1. Mudah marah.

Wanita sememangnya mudah berleter panjang, tetapi anda perlu fahami berleter dengan marah. Apabila tiada sebab, atau isteri tiba-tiba marah anda perlu tahu bahawa dirinya mungkin kepenatan menguruskan rumah dan kerjanya. Jangan biarkan dirinya marah seorang diri, adalah lebih baik untuk cuba membantu atau menenangkannya.

2. Malas untuk bercakap.

Seperti yang kita tahu, wanita ini suka bercakap. Mereka ini boleh bercakap tanpa henti malah akan sentiasa teruja untuk bercakap mengenai apa sahaja. Tetapi apabila dirinya mula diam dan hanya melayani segala percakapan anda dengan mahu atau tidak, anda mungkin akan berdepan dengan masalah.

Ini mungkin menujukkan bahawa isteri anda itu sudah mula makan hati dengan sikap anda. Jaga-jaga, bukan suami sahaja yang diam apabila marah.

3. Tidak peduli lagi.

Apabila anda pulang kerja, dirinya hanya memilih untuk mengabaikan anda. Apabila anda bercakap dengannya dia hanya membalas satu atau dua patah sahaja. Jika ini berlaku dalam hubungan anda, awas isteri anda mungkin sedang marah atau makan hati dengan sikap anda.

4. Simpan rahsia seorang diri.

Seorang isteri ini biasanya terlalu mudah untuk berkongsi apa sahaja dengan pasangannya. Tidak kiralah apa jua rahsia yang diketahui, pasti akan dikongsi dengan suaminya. Namun apabila isteri sudah mula jarang berkongsi rahsia malah hanya menyimpan rahsia bersendirian maka dirinya sudah mula makan hati dengan sikap anda. Anda perlu tahu, seorang wanita ini rajin berkongsi dengan orang yang mereka sayangi.

5. Mula memikirkan dirinya sendiri.

Biasanya apabila seorang wanita itu bahagia, mereka ini akan sentiasa memikirkan pasangannya dan keluarganya, namun jika dia telah memikirkan jalan hidupnya sendiri dan memilih satu perkara yang baik untuknya itu menandakan dia sudah mempunyai keinginan untuk angkat kaki dari hubungan tersebut.

Jika isteri anda tidak bekerja, mereka mungkin akan cuba bersabar dengan anda lebih lama, tetapi jika isteri bekerja, dia merasakan dia mampu tanpa anda. Jadi jaga hati dan perasaan mereka dan jangan membuat mereka makan hati dengan sikap anda. Menjaga hati isteri merupakan salah satu cara membina keluarga bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen