"Adik Ipar Walaupun Dianggap Seperti Adik Sendiri Tetapi Tidak Boleh Berdua-Duaan Dengan Mereka Sahaja."

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang menganggap perkara ini adalah perkara yang remeh, bahkan ada yang beranggapan tidak mengapa kerana dia sudah dianggap sebagai adik, kakak atau abang isteri atau suami kita. Bukan itu sahaja, kita selalu beranggapan, perkara yang buruk tidak akan terjadi kerana mereka tahu apa status suami atau isteri kita.

Ramai yang tidak tahu bukan? Bahkan ramai yang leka akan perkara sebegini. Nampak seperti perkara kecil tetapi ia akan memberi kesan yang besar jika tersilap pandang atau terlepas padang sedikit pun.

Mari ikuti perkongsian saudara Muhammad Hassan akan perkara ini. Selepas ini jangan leka dan sentiasa berjaga-jaga.
Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.



Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5, sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?

dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku, tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga, macam adik beradik sendiri dah.

Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata, sebenarnya tak boleh beb, walaupun adik ipar, walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri. Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka,tak boleh bersentuhan dengan mereka, tak boleh berduaan dengan mereka, apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.

Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini, tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan adik beradik ipar perempuan sehingga adanya mahram, lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.

Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar, tetap juga pergi ambil isteri atau mertua, walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.

Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah, untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat, lama kelamaan dah biasa terus free hair.

Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cabul. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.

Inilah fitnah besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri, tapi syaitan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga rosak hubungan suami isteri.

Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolehnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur, tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.

Moga ambil cakna.
-EncikMatt-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen