Buat Mereka Yang Masih Miliki Mak Ayah, Lakukan 12 Perkara Ini Sebagai Cara Membalas Jasa Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam keadaan kita yang sihat dan berjaya sekarang ini, ibu bapa adalah penyumbang terbesar dalam setiap kejayaan yang kita kecapi. Dari kita sekecil tapak tangannya sehingga dewasa ini, mereka sedikit pun tidak pernah merungut dalam membesarkan kita. Tidak terbilang, berapa banyak wang, masa, tangisan dan pelbagai lagi yang telah ditempuhi serta dihabiskan semata-mata hanya mahu melihat kita membesar dengan baik.



Namun apabila kita semakin dewasa, mereka pula semakin dimamah usia. Belum sempat untuk membalas jasa-jasa mereka, ada yang telah pergi dahulu menghadapi Ilahi.

Yang masih ada mak ayah. Pastikan:

#1 keperluan dapur, bil air, bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras, tong gas.

#2 Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam, selimut, cadar yang baru dan selesa.

#3 Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.

#4 pastikan kenderaan mereka selesa, ada penghawa dingin, brake yang baik, minyak hitam ditukar mengikut jadual.

#5 Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.

#6 Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan atau fake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.

#7 Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.

#8 Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari, setiap minggu.

#9 jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.

#10 Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.

#11 Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.

#12 mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berdendam terhadap mereka. Jangan sikit pun sakiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.

Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah, yang dapat mandikan jenazah mereka, yang dapat solatkan jenazah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.

Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka di atas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.

AMIN.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Al-Fatihah buat ayahanda dan bonda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen