Pu Azman Memberi Tips Untuk Berdepan Dengan Rakan Sekolah Yang Suka Menyakitkan Hati Anda.

Siapa yang tidak kenal dengan Pu Azman, Juara Pencetus Ummah pada musim kedua, 2014, yang sering menjawab persoalan netizen dengan jawapan yang menghiburkan. Di samping jawapan yang menghiburkan, Pu Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, juga selitkan dalil setiap jawapan tersebut di laman Instagramnya.

Daripada situ kita dapat lihat, terdapat banyak persoalan daripada netizen termasuklah, persoalan ini…

********

pu_azman

Antara tips hadapi kawan macam ni :

1) Perbaiki niat ke sekolah agar kita lebih fokuskan ilmu berbanding nak jaga hati orang.

2) Buat baik dengan semua orang.

3) Tak perlu risau dengan sikap orang lain kerana kekuatan asas kita ialah Allah.

4) Cari sahabat yang baik yang boleh terima kekurangan.

5) Bina kekuatan untuk membuktikan sangkaan Mereka salah. Lawan arus mereka dengan hadapi cabaran palau supaya kita lebih kuat untuk hadapi keterasingan di tempat lain.

6) Kalau dipulau sebab memang perangai kita yang buruk, cuba ubah sikap.

7) Banyakkan bergaul dengan makcik kantin. Mereka lebih banyak cabaran hidup yang lebih dahsyat.

********

Namun, bagi pendapat penulis, tips ini bukan sahaja untuk rakan-rakan di sekolah. Ia boleh diguna pakai bagi semua golongan yang mempunyai situasi sebegini. Ini kerana tidak semua kawan di sekeliling kita sebenarnya suka pada kita. Ada yang masih setia, ada juga yang pergi menghilang tinggalkan kita.

Jika kita sendiri merasakan diri positif, dan pergi meninggalkan rakan yang negatif, namun masih lagi dalam keadaan yang sama.

“Aku pergi mana-mana, asyik jumpa kawan yang negatif je, lebih baik berseorangan..”

Cuba cek diri kita sendiri. Periksa hati dan perasaan sendiri, adakah sebenarnya kita yang negatif itu? Refleks diri. Muhasabah diri. Dekatkan pada Ilahi.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen