Selesema Antara Tanda-Tanda Serangan Penyakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sakit jantung adalah penyakit yang sangat menakutkan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana penyakit ini mampu menyerang sesiapa terutama golongan dewasa. Bagi rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai juadah yang melazatkan, malah kurang bersenam menyebabkan mereka begitu mudah untuk diserang penyakit sebegini.

Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan mereka ini jarang sekali mengamalkan gaya hidup sihat atau melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap untuk ketahui status kesihatan diri mereka.



Menurut Dr. Azima, serangan jantung dapat dielakkan melalui tanda-tanda ini.

Penyakit jantung dan strok adalah punca kematian yang paling utama di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, jika kita dapat mengetahui awal tanda-tanda utama bagi serangan jantung sebelum ia berlaku boleh memainkan peranan yang amat penting dalam menyelamatkan nyawa.



JOM tengok tanda-tanda untuk elak serangan jantung ni.

1. BADAN RASA LEMAH

Badan akan berasa sentiasa lemah kerana berlakunya penyempitan arteri. Ini menyebabkan peredaran darah kurang mengalir dan akan menjadikan otot anda lemah dan mudah jatuh.

2. PENING DAN SUKA BERPELUH

Aliran darah yang lemah dalam badan akan menyekat sebahagian daripada aliran darah mengalir ke otak. Disebabkan darah yang mengalir tidak mencukupi , badan anda akan berasa “lembab” dan tidak sihat. Anda mula berasa pening. Otak anda memerlukan aliran darah yang mencukupi untuk beroperasi dengan betul dan membuat anda berasa sihat.

3. TEKANAN DADA

Pernahkah anda mengalami tekanan dada? Pergi melakukan pemeriksaan dengan segera. Sakit dada adalah kunci utama serangan jantung boleh menyerang. Rasa sakit dada atau tekanan akan meningkat dari masa ke semasa dan boleh merebak ke kawasan-kawasan lain di dalam badan.

4. SELESEMA

Beberapa orang yang terjebak dalam serangan jantung mengalami selesema sebelum mendapat serangan jantung. Percaya atau tak? Sila beri perhatian yang serius jika anda mengalaminya.!

5. KELETIHAN

Adakah anda sentiasa berasa letih? Keletihan adalah tanda-tanda utama untuk serangan jantung. Keletihan adalah disebabkan oleh aliran darah yang rendah ke jantung. Apabila arteri menjadi sempit dan aliran darah berkurangan , paru-paru anda tidak dapat untuk mengalirkan aliran darah yang diperlukan dan ini menyebabkan ia sukar untuk berfungsi dengan baik.

** Oleh kerana satu sistem tidak berfungsi dengan betul, ia memberi kesan kepada jantung anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen