Ibu Bapa Perlu Ajar 5 Emosi Asas Ini Untuk Tingkatkan EQ Anak-Anak.

Disamping untuk tingkat IQ anak-anak, ibu bapa juga perlu seimbangkan dengan EQ juga. EQ adalah (Emotional Intelligence Quotient), dimana anak-anak akan mampu  untuk...

  • Tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan.
  • Tidak mudah hilang kawalan emosi.
  • Mampu membuat pertimbangan diri.
  • Mampu menyayangi orang di sekeliling dengan sepenuh hati.

Dengan IQ, anak-anak mampu untuk belajar dengan cemerlang, jika diseimbangkan dengan EQ pula, anak-anak mampu mengawal emosi dan tidak malu bertanya di sekolah. Oleh itu, ibu bapa perlu ajar anak-anak 5 emosi asas ini…

1. Marah.

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak emosi marah. Namun, marah yang bertempat dan perlu ketahui perkara apa yang patut dan tidak patut dimarahkan. Sebagai contoh, sekiranya terlihat anak-anak bergaduh antara satu sama lain seperti berebut barang permainan. Didik mereka, barang tersebut tidak boleh direbut dan marah antara satu sama lain. Barang permainan itu sepatutnya untuk berkongsi.

2. Sedih/Menangis.

Sedih atau menangis ini selalunya reaksi yang sangat spontan seperti anak-anak dipukul, dicubit dan sebagainya. Namun, ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan…

  • Melihat haiwan kesayangan mati, sedih bukan ketawa.
  • Melihat rakan sebaya terjatuh, sedih dan tolong, bukan ketawa sombong.
  • Melihat orang yang tidak berkemampuan, perlu ada sifat prihatin, jangan perlu ada rasa takut.

3. Gembira.

Gembira juga adalah reaksi yang spontan juga apabila membuat sesuatu perkara yang diminati. Ataupun apabila dapat mencapai target kejayaan. Kadang-kala ibu bapa pasti keliru, kenapa anak-anak masih tidak gembira walaupun sudah banyak memberi. Ini kerana ibu bapa masih kurang berkemampuan untuk mempengaruhi emosi anak-anak.

Didik anak-anak untuk bergembira apabila meluangkan masa bersama keluarga, dan adik-beradik dengan mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka.

  • Gembira melihat kejayaan rakan lain.
  • Gembira melihat ibu bapa atau adik-beradik mempunyai baju baru, bukan ada rasa dengki.
  • Gembira ketika dapat makan yang dimasak oleh ibu, bukannya mencembengkan mulut.

4. Terkejut.

Terkejut adalah reaksi pada perkara yang tidak dijangkakan. Jangan biarkan anak-anak terkejut sehingga menakutkan dirinya kerana ia bakal menjadi nightmare pada mereka. Dan elakkan juga prank pada anak-anak, kerana ia bakal dilakukan ketika mereka remaja dan dewasa.

5. Takut.

Ibu bapa boleh didik anak-anak untuk berasa takut, terutamanya pada orang yang tidak dikenali. Situasi sebegini perlukan kesedaran dalam diri mereka sejak kecil lagi, supaya tidak mudah terpengaruh kerana khuatir berlaku perkara yang tidak diingini seperti pencabulan, rogol ataupun Pedophalia.

Malah, ibu bapa juga boleh memastikan anak-anak untuk berasa takut apabila menggunakan barang yang bukan kepunyaan mereka sendiri. Sudah pasti perlu meminta izin daripada tuan barang tersebut.

  • Seperti takut untuk mencuri.
  • Takut untuk menipu.
  • Takut untuk melakukan dosa seperti menonton lucah dan sebagainya.
  • Takut untuk mencarut.

Setiap apa yang mereka takutkan, ceritakan kesannya pula seperti “Kenapa kena takut untuk tipu?” “Kalau kita tipu, orang tak suka kita, orang tak percaya dengan kita, orang taknak kawan dengan kita..”

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen